Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama Perfect Family Pamer Kejutan pada episod 9, Rating Meningkat Naik

Kdrama Perfect Family Pamer Kejutan pada episod 9, Rating Meningkat Naik

0

Drama Korea thriller misteri yang masih ongoing iaitu ”Perfect Family’ baru sahaja memasuki tayangan episod 10, drama Korea ini boleh ditonton melalui platform Viu.

Masih berbaki 2 episod sahaja lagi, drama Korea ini mencatat peningkatan rating sebelum tayangan episod akhir nanti.

Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap

Perfect family

Pada episod 9 baru-baru ini Choi Sun Hee (Park Ju Hyun) berjaya diselamatkan oleh pasukan polis dari ancaman bahaya ayah kandungnya sendiri iaitu Choi Hyun Min (Yoon Sang Hyun).

Namun Choi Hyun Min telah ditembak oleh pasukan khas kerana dia mengancam nyawa Choi Jin Hyuk (Kim Byung Chul) semasa cuba menyelamatkan Choi Sun Hee. Mereka berdua berkelahi dan bertarung secara fizikal dan akhirnya terjun ke dalam laut.

Choi Sun Hee mengalami kejutan mental yang dahsyat semasa menyaksikan kejadian tersebut. Sayangnya Choi Sun Hee mendapat cerita versi penipuan dari ayah kandungnya yang mahukan Choi Sun Hee membenci ayah angkatnya.

Hyun Min sebelum ini memberitahu Sun Hee bahawa gadis itu hanyalah anak boneka yang digunakan oleh keluarga kaya.

ca097b3c d839 41fc bc93 2c4e3c63e6ab

Bukan itu sahaja, Hyun Min juga mengatakan bahawa Jin Hyuk dan Eun Joo sebenarnya telah membunuh anak mereka dan menyalahkan Hyun Min. Sebab itu mereka sengaja mengambil Sun Hee sebagai tebusan supaya Hyun Min tidak mendedahkan fakta sebenar.

Disisi lain, pesalah sebenar yang membakar rumah Park Gyeong Ho (Kim Young Dae) adalah Choi Hyun Min, tapi dia meminta agar Choi Jin Hyuk merahasiakannya demi melindungi Sun Hee dan Eun Joo. Manakala, penculik dan penyerang Lee Soo Yeon (Choi Ye Bin) adalah Choi Hyun Min.

Bahkan Choi Hyun Min meminta Ha Eun Joo (Yoon Se Ah) dan Choi Jin Hyuk untuk membunuh Choi Sun Hee dengan menggunakan serbuk kacang kerana Choi Sun Hee alergi terhadap makanan tersebut. Namun kebenaran disebalik kematian anak kandung Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo belum terungkap.

f2507056 fef6 4069 8fb7 affb20b873c9

Benarkah pembunuh sebenarnya adalah Choi Jin Hyuk? Lalu dimanakah lokasi sebenar Lee Soo Yeon kini? Dia belum ditemui sejak insiden kebakaran rumah Choi Sun Hee. Bagaimanakah dengan keadaan Choi Hyun Min dan Choi Jin Hyuk selepas mereka berdua terjun ke dalam laut?

Dipetik dari laman rasmi Nielsen Korea pada 12 September 2024, episod 9 drama Korea ‘Perfect Family’ berjaya memperolehi rating sebanyak 2.9 peratus. Sementara di episod 8 drama Korea ini mencatat rating sebanyak 2.6 peratus. Rating tertinggi bagi drama ini adalah sebanyak 3.0 peratus pada episod 3.

Jangan lepaskan kisah mendebarkan keluarga Choi dan bagaimana misteri di sebalik kes pembunuhan ini akan menjejaskan hubungan mereka dalam “Perfect Family”.

Baca lagi: Selalu Bawa Watak Pembunuh Upahan dan Gangster, Ha Jung Woo Tampil dalam 5 Karya Hebat Ini
Baca juga: Spoiler Ending Versi Webtoon Perfect Family, Siapa Pembunuh Park Kyeong Ho?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here