Drama Korea terbaru “Perfect Marriage Revenge” akhirnya menayangkan episod perdananya pada 28 Oktober 2023 dengan dibintangi oleh Sung Hoon, Jung Yoo Min, Jin Ji Hee, dan Lee Min Young.
Perfect Marriage Revenge merupakan drama yang diadaptasi dari Webtoon bertajuk “Wanbyeokhan Gyeolhonui Jungseok” karya Young dan Lee Beom Bae yang diterbitkan melalui Naver pada 2021 lalu. Ia juga pernah menerima hadiah utama dalam Naver Earth 2019 dan melangkaui 9 juta penayangan ketika itu.
Ia adalah drama balas dendam Han Yi Joo, seorang wanita yang memilih perkahwinan kontrak untuk membalas dendam terhadap suami dan keluarganya.
Agaknya, seperti apa plot cerita yang disajikan dalam drama Korea terbaru adaptasi Webtoon “Perfect Marriage Revenge” ini? Jom kita intai ulasannya dibawah ini ya!
Perfect Marriage Revenge menyoroti kisah seorang wanita bernama Han Yi Joo (Jung Yoo Min) yang merupakan seorang pelukis. Han Yi Joo telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga chaebol yang menjalankan perniagaan besar Hanwool Financial Group.
Walaupun dihujani dengan kekayaan, Han Yi Joo tidak dikasihi kedua ibubapa angkatnya.
Dia selalu diketepikan oleh keluarganya, hingga akhirnya Han Yi Joo pun berkahwin dengan Jung Se Hyeok. Namun, Han Yi Joo mendapat tahu bahawa suaminya itu sebenarnya mencintai kakak tirinya, Han Yoo Ra.
Setelah mengetahui fakta tersebut, pada hari yang sama Han Yi Joo terlibat dalam kemalangan kereta dan meninggal dunia. Entah bagaimana Han Yi Joo terbangun dan menemukan dirinya kembali ke masa lalu ketika masih menjadi tunang kepada Jung Se Hyeok.
Dengan peluang kehidupan kedua yang diberikan, Han Yi Joo nekad ingin mengubah jalan hidupnya, dia pun mula mengatur strategi membalas dendam dan membatalkan pertunangannya dengan Jung Se Hyeok.
Sebagai gantinya, Han Yi Joo mendekati Seo Do Kook (Sung Hoon), yang merupakan cucu konglomerat yang bakal mengawini kakak tirinya itu.
Han Yi Joo mencadangkan perkahwinan kontrak dengan Seo Do Kook walaupun harus menerima pelbagai risiko dan rintangan. Namun seiring berjalannya waktu, Han Yi Joo ingin perkahwinannya menjadi sah dari segi undang-undang. Jadi, adakah Seo Do Kook akan mengabulkan keinginan Han Yi Joo?