Selepas sekian lama dinantikan oleh para peminat setia, bintang terkenal Hyun Bin akhirnya akan membuat dalam drama bersiri Korea Selatan untuk pertama kalinya sejak mendirikan rumah tangga dengan Son Ye Jin pada tahun 2022.
Hyun Bin disahkan akan membintangi siri original Disney+ yang bertajuk Made in Korea.
Dalam projek lakonan terbarunya tersebut, Hyun Bin akan membawa watak sebagai Baek Ki Tae, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi yang dikenali sangat mendambakan kekayaan dan kuasa.
Berikut ini adalah beberapa perkara menarik seperti sinopsis ringkas dan senarai pelakon yang akan membintangi drama Korea Made in Korea.
1. Sinopsis Kdrama Made in Korea
Berlatarkan tahun 1970-an, drama Made in Korea menceritakan tentang Baek Ki Tae (Hyun Bin) seorang lelaki yang memasang impian yang tinggi yang sangat tamakkan kekayaan dan kuasa, dan juga Jang Gun Young (Jung Woo Sung) seorang pendakwa raya yang dikenali mempunyai kegigihan dan sangat bersungguh-sungguh.
Semasa menghadapi peristiwa penting pada tahun 1970-an yang penuh gejolak dan cabaran, Jang Gun Young mengerahkan segala-galanya untuk menghentikan Baek Ki Tae. Selain itu, Won Ji An membawa watak sebagai Pelobi Choi Yoo Ji dan Seo Eun Su menjadi pegawai penyiasat Oh Ye Jin.
2. Senarai pelakon Kdrama Made in Korea
Siri original Disney+ ini akan menggandingjan dua orang pelakon ternama dari Korea Selatan iaitu Hyun Bin dan Jung Woo Sung. Untuk lebih lengkap, berikut ini adalah senarai pelakon drama Korea Made in Korea:
● Hyun Bin sebagai Baek Ki Tae
● Jung Woo Sung sebagai Jang Gun Young
● Won Ji An sebagai Choi Yoo Ji
● Seo Eun Su sebagai Oh Ye Jin
● Cho Yeo Jeong sebagai Bae Geum Ji
● Jung Sung Il sebagai Cheon Seok Joong
3. Tarikh tayangan drama Korea Made in Korea
Made in Korea merupakan siri pertama yang digarap oleh pengarah filem terkenal Woo Min Ho yang menghasilkan Inside Men, The Man Standing Next, dan Harbin. Drama ini dijadualkan akan ditayangkan secara perdana pada tahun 2025 akan datang melalui platform striming Disney+. Nantikan tayangannya ya!