Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama Resident Playbook Tidak Jadi Ditayangkan 2024 Ini, Mengapa?

Kdrama Resident Playbook Tidak Jadi Ditayangkan 2024 Ini, Mengapa?

0

Para peminat nampaknya terpaksa bersabar untuk menonton Go Yoon Jung dalam drama Wise Resident Life atau yang sebelum ini juga dikenali sebagai Resident Playbook. Pasukan produksi mengesahkan bahawa tayangan drama ini ditarik balik dan dibatalkan tayangannya pada tahun 2024 ini.

Resident Playbook merupakan spin-off untuk Hospital Playlist yang sudah lama dinantikan oleh para peminat drama Korea sejak awal tahun ini lagi.

Apakah faktor utama Wise Resident Life atau Resident Playbook tidak jadi ditayangkan pada tahun 2024 ini?

1. Tayangan Resident Playbook pada tahun 2024 dibatalkan

Resident playbook

Dipetik dari Herald Economy pada 16 September 2024, Resident Playbook nampaknya sukar untuk menentukan tarikh tayangan. Salah seorang wakil pasukan produksi dari CJ ENM mengatakan bahawa drama ini berkemungkinan besar tidak jadi ditayangkan pada tahun 2024 ini.

“Sukar untuk menyiarkannya pada tahun ini. Kami masih membuat koordinasi jadual,” kata sumber tersebut.

Bertemakan doktor dan perubatan, Resident Playbook merupakan spin-off untuk drama Hospital Playlist yang akan mengambil latar belakang cerita di Hospital Yulje. Mempunyai peminat yang sudah menantikan drama ini, Resident Playbook sebenarnya dijadualkan ditayangkan selepas Queen of Tears tamat.

Tayangan drama ini kemudian juga pernah dikhabarkan ditunda hingga akhir tahun 2024 sebelum berita pembatalan ini muncul.

2. Faktor tayangan Resident Playbook ditunda

9140e490 825b 457a b6dd e5ff7307b43f

Penjadualan semula drama Resident Playbook ini terjadi kerana pendapat publik terhadap protes yang dilakukan oleh pasukan perubatan atas rancangan kerajaan Korea Selatan untuk menambah jumlah kemasukan pelajar perubatan.

Para petugas perubatan menolak kerana menurut mereka, yang diperlukan waktu ini bukan jumlah doktor tetapi penambah baikan gaji dan sistem kerjanya.

Sementara itu, pihak kerajaan berpendapat bahawa peningkatan jumlah pelajar perubatan ini diperlukan seiring dengan tingginya populasi rakyat di Korea Selatan.

Tenaga perubatan yang membuat protes ini melakukan mogok kerja hingga penarikan diri besar-besaran yang menyebabkan kerugian bagi para pesakit yang memerlukan rawatan.

Oleh sebab itu, ketika trailer drama Resident Playbook muncul, banyak komen kritikan pedas dan sinis kerana drama ini dianggap menyanjung kehidupan doktor-doktor muda, padahal pada waktu ini ramai yang mengundurkan diri akibat protes tersebut.

Para penggiat industri hiburan mempertimbangkan untuk melihat kembali jadual tayangang dan mereka yakin bahawa ini bukan waktu yang sesuai untuk membuat serta melancarkan drama bertema perubatan.

3. Penjadualan semula merugikan pasukan produksi

16c59136 49ad 4390 8070 4d9a0df556b5

Penjadualan semula Resident Playbook ini membuatkan banyak pihak mengalami kerugian. Oleh sebab drama ini dirancang untuk ditayangkan di Netflix, pasukan produksi bimbang akan berdepan penalti atas potensi pelanggaran kontrak jika drama ini dibatalkan.

Ketidakpastian tentang tarikh tayangan drama ini juga membuatkan CJ ENM menghadapi masalah dengan rancangan tayangan di peringkat antarabangsa.

Drama Resident Playbook merupakan projek baru dari pengarah Shin Won Ho dan penulis Lee Woo Jung yang sudah bekerja sama untuk drama Reply 1988, Reply 1997, Reply 1994, dan juga Hospital Playlist musim 1 dan musim 2. Gandingan mereka memang dinantikan untuk drama terbaru ini.

Kita nantikan maklumat seterusnya ya!

Baca lagi: Kim Young Dae Semakin Popular, Ini 10 Kdrama Menarik Yang Dibintanginya
Baca juga: 13 Drama Korea Tentang Kisah Balas Dendam Bertukar Jadi Cinta, Plot Penuh kejutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here