Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama Rom-com “Cinderella at 2AM” Menampilkan Moon Sang Min Sebagai Lelaki Green...

Kdrama Rom-com “Cinderella at 2AM” Menampilkan Moon Sang Min Sebagai Lelaki Green Flag

0

Viu bakal menyiarkan drama Korea terbaru yang bertajuk Cinderella At 2AM, cerita drama ini diangkat dari web novel dengan judul yang sama karya penulis Aigome. Web novel ini kemudian diangkat juga menjadi webtoon Naver.

Cinderella At 2AM akan menampilkan kisah cinta antara anak lelaki keluarga konglomerat dengan pekerja biasa yang diseliti warna-warni komedi.

Jom kita tengok siapa pelakon utama drama Korea Cinderella At 2AM dan apakah watak mereka bawakan.

1. Shin Hyun Been

Cinderella at 2am

Shin Hyun Been akan membawa watak sebagai Ha Yoon Seo dalam Cinderella At 2AM Dia adalah orang yang boleh berdikari dan seorang yang bekerja keras. Ha Yoon Seo juga telah diberi kepercayaan sebagai ketua divisyen pemasaran jenama di sebuah syarikat besar kerana dia sangat mahir dan genius dalam bekerja.

Selain memiliki kerjaya yang cemerlang, Ha Yoon Seo juga mempunyai hubungan cinta yang bahagia. Namun, hubungannya dilanda masalah apabila ibu teman lelakinya yang juga merupakan pemilik syarikat tempatnya bekerja menyuruhnya untuk memutuskan hubungan. Sebab utama adalah kerana teman lelaki Ha Yoon Seo tersebut adalah anak kepada pemilik syarikat tersebut yang sedang menyamar iaitu Seo Joo Won (Moon Sang Min).

Ha Yoon Seo berusaha untuk menjadi lebih realistik dengan menerima wang yang diberikan oleh ibu Seo Joo Won dan mengenepikan rasa sakitnya. Dia berjanji akan putus dalam tempoh masa dua bulan.

2. Moon Sang Min

6f85bf88 8fbc 4dd0 b09f ccf96cba8ec6

Moon Sang Min bakal menampilkan keserasian noona-dongsaeng dengan Shin Hyun Been. Dia membawa watak sebagai Seo Joo Won yang merupakan anggota konglomerat generasi ketiga dan anak kedua dalam keluarganya. Namun, dia masuk ke syarikat sebagai pelerja biasa dalam pasukan Ha Yoon Seo.

Seo Joo Won menyedari perbezaan dalam sikap Ha Yoon Seo hingga akhirnya kekasihnya tersebut meminta untuk putus. Namun, Seo Joo Won tidak menyerah kalah, tambahan pula setelah dia mengetahui sebab utama Ha Yoon Seo mengambil pilihan itu. Dia mencari cara supaya dia tetap dekat dengan Ha Yoon Seo.

3. Yoon Park

6655e434 2ef2 4f74 9f1f 9d793b2ffd40

Yoon Park bakal membuat kemunculan sebagai Seo Si Won. Dia merupakan abang kepada Seo Joo Won dan pewaris sah syarikat. Seo Si Won digambarkan sebagai watak tiga dimensi yang selalu menampilkan keseriusan serta kelicikannya.

Sebagai anak sulung dalam keluarga konglomerat, Seo Si Won berkahwin kerana jodoh yang ditentukan keluarga. Namun, dia dan isterinya tidak tinggal bersama. Bukan cuma berpisah rumah, tetapi mereka juga tinggal di negara berbeza pada awal perkahwinan.

4. Park So Jin

Cinderella

Park So Jin akan membawa watak sebagai isteri Seo Si Won yang bernama Lee Mi Jin. Dia merupakan seorang pempengaruh konglomerat yang sering berkongsi kehidupan mewah di media sosial. Namun, Lee Mi Jin juga memiliki kebolehan untuk membuat para pengikutnya membuka dompet dan membeli barang-barang yang dipromosikannya.

Lee Mi Jin dipindahkan ke cawangan luar negara selepas perkahwinannya dengan Seo Si Won. Lalu, dia kembali ke Korea kerana diminta untuk ke cawangan dalam negara pula. Lee Mi Jin mengalami peristiwa yang mengejutkan selepas dia secara tidak sengaja menekan butang suka (like) di media sosial suaminya.

Pasti menarik kerana drama ini menyajikan kisah liku-liku cinta berbeza kasta dan juga gelagat kelakar mereka! Jadi, jangan lupa menonton Cinderella At 2AM pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 24 Ogos ini hanya di platform Viu.

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Wajib Layan 2 Filem Korea Box Office Ini, Berdasarkan Kisah Sebenar Rampasan Kuasa di Korea
Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap
Baca lagi: Dreaming of a Freaking Fairy Tale, Kisah Cinta Dongeng Pyo Ye Jin Sebagai Cinderella Zaman Moden

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here