Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama Signal Musim ke-2 Bakal Memulakan Proses Penggambaran pada Akhir Tahun 2024

Kdrama Signal Musim ke-2 Bakal Memulakan Proses Penggambaran pada Akhir Tahun 2024

0

Akhirnya drama Korea popular Signal musim ke-2 bakal memulakan proses penggambaran. Sekuel untuk drama misteri thriller sains fiksyen itu dikhabarkan paling cepat bakal memulakan penggambaran pada akhir tahun 2024.

Asian Economy seperti dikutip dari TV Reports pada 16 Julai melapotkan bahawa penggambaran akan dimulakan selepas proses pra produksi. “Kami sedang membuat penyelarasan dan koordinasi jadual dengan para pelakon dan seluruh staf,” kata sumber berdekatan tentang jadual penggambaran.

Pada 5 Julai 2024, Kim Hye-soo selaku pelakon utama Signal juga memberikan petunjuk tentang produksi musim ke 2. Musim ke 2 akan diarahkan oleh Ahn Tae-jin, pemenang Best New Director BaekSang Arts Awards, Korea Film Critics Association Awards, Grand Bell Awards, dan Blue Dragon Awards melalui filem The Night Owl.

Berita tentang proses penggambaran ini muncul selepas empat bulan drama Signal 2 disahkan akan memulakan proses produksi. Penulis skrip Kim Eun-hee mengungkapkan perkara itu bersama syarikat produksi B.A. Entertainment ketika di Rome untuk perbincangan konten-konten Korea.

Signal 669d94d1 48d3 48d4 87e2 1f89704f8364

“Kami menyiapkan musim ke 2 drama Signal bersama penulis Kim Eun-hee,” kata CEO B.A. Entertainment Jang Won-seok, seperti dilaporkan oleh Munhwa Ilbo melalui Naver pada 14 Mac 2024.

Pengesahan tersebut muncul selepas lebih dari lapan tahun drama Signal ditayangkan. Banyak berita mengenai musim kedua drama itu pernah muncul dan memberi harapan kepada para peminat setia. Salah satunya pada tahun 2017, Kim Eun-hee waktu itu memberi pembayang bakal menulis sekuel untuk Signal.

“Walau saya masih belum memiliki idea, saya berjanji akan menulis sebuah musim yang baru. Saya merancang untuk menulisnya,” tuturnya.

Signal merupakan drama misteri yang dibintangi oleh Lee Je-hoon, Kim Hye-soo, serta Cho Jin-woong. Salah satu perkara yang membuatkan Signal menarik adalah watak tiga orang detektif yang merentasi dimensi berusaha memecahkan pembunuhan bersiri yang terjadi puluhan tahun lalu.

Mereka terhubung melalui walkie-talkie. Kim Hye-soo serta Cho Jin-woong telah bekerja sama sejak dulu lagi walau mereka akhirnya terpisah kerana satu kejadian. Sementara itu, Lee Jee-hoon sama sekali belum pernah bertemu dengan Cho Jin-woong.

Sejak ditayangkan empat tahun lalu, drama ini disebut-sebut akan disambung ke musim 2 namun belum direalisasikan hingga kini. Waktu itu, skrip drama Kim Eun-hee digarap oleh Kim Won-suk (My Mister, Arthdal Chronicles). Kim Eun-hee akan kembali menulis skrip Signal musim 2, dan pengarah ialah Ahn Tae-jin.

Nantikan ya!

Baca lagi: 5 Villain Anime yang Paling Dahagakan Kuasa, Obses dengan Kekuatan
Baca juga: Rindu Mr. Queen? Tonton 8 Drama Korea Baru Ini