Drama bersiri Korea Selatan ini Crash Course in Romance sedang hangat buat masa ini. Drama siri yang dibintangi pelakon ternama iaitu Jung Kyung Ho dan Jeon Do Yeon itu semakin meraih rating tinggi di pada episod yang pertama penayangannya di tvN dan Netflix.
Kejayaan drama siri ini membuatkan ramai yang makin berminat dengan para pelakonnya termasuklah Jung Kyung Ho. Pelakon Korea Selatan yang berusia 39 tahun ini memang tidak perlu dipertaikaikan lagi kemampuan lakonannya. Watak-watak yang pernah dilakonkan oleh pelakon tersebut sebelum-sebelum ini memang sangat memberi impak dan selalu bermain di fikiran para peminat.
Kyung Ho memulakan debutnya pada tahun 2004 melalui drama Sweet 18 dengan membawa watak kecil bergandingan dengan watak wanita utama yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Han Ji-hye.
Crash Course in Romance sendiri merupakan drama siri bergenre romantic komedi (romcom). Drama siri ini mengisahkan tentang perhubungan romantik dua orang yang memiliki keperibadian dan perilaku berbeza. Mereka adalah Nam Haeng-sun (Jeon Do Yeon) dan Choi Chi-yeol (Jung Kyung Ho).
Nam Haeng Sun merupakan bekas atlet kebangsaan yang membuka kedai makan. Tanpa diduga, Nam Haeng Sun bertemu dengan Choi Chi Yeol, seorang tutor matematik terbaik di Korea Selatan.
Hubungan antara Nam Haeng-sun dan Choi Chi-yeol berkembang secara romantik.
Sebenarnya kedua-duanya mempunyai ciri yang sama tetapi kerana sama-sama keras kepala dan ego, jadi hubungan mereka melalui banyak onak dan duri.
Selain Crash Course in Romance, Jung Kyung Ho juga pernah tampil dalam beberapa siri drama popular yang lain.
1.) Beating Again (2015)
Drama Beating Again juga dikenali dengan tajuk lain Falling in Love with Soon Jung. Dalam drama siri ini, Jung Kyung Ho bergandingan dengan pelakn cantik dari Korea Selatan iaitu Kim So Yeon. Mengisahkan tentang Kang Min Ho yang dilakonkan oleh Jung Kyung Ho, seorang ahli perniagaan yang jatuh cinta kepada setia usahanya sendiri iaitu Soon Jung yang dilakonkan oleh Kim So Yeon, perasaan cintanya hadir setelah menerima pendermaan jantung.
2.) One More Happy Ending (2016)
Dalam drama ini dia membawa watak utama yang bernama Soo-hyuk iaitu seorang wattawan dan jurugambar untuk sebuah majalah gosip bernama Masspunch. One More Happy Ending adalah tentang bekas ahli girl group yang giat sedang mencari cinta lagi. Kyung-ho bergandingan dengan pelakon jelita Jang Na-ra.
3.) Prison Playbook (2017)
Drama siri ini mengisahkan tentang kehidupan para banduan di sebalik jeriji besi. Cerita ini berpusat kepada Kim Je Hyuk (Park Hae Soo) iaitu bintang baseball yang disumbat ke penjara kerana melindungi adiknya sendiri.
Kim Je Hyuk yang telah mencederakan mangsa dijatuhi hukuman satu tahun penjara. Di penjara sana dia berjumpa dengan para banduan dari pelbagai latar belakang. Dia juga bertemu sahabatnya yang bekerja sebagai pengawal iaitu Lee Joon Hoo (Jung Kyung Ho).
4.) Missing Nine (2017)
Missing Nine merupakan drama bersiri Korea Selatan yang dibintangi oleh Jung Kyung Ho dan Baek Jin-hee sebagai watak utama. Drama siri ini disiarkan di MBC bermula pada 18 Januari 2017.
Missing Nine itu menceritakan tentang sebuah kemalangan pesawat yang melibatkan selebriti dan orang-orang industri dari agensi Legend Entertainment. Hanya 9 orang yang selamat dari kemalangan itu, mereka terdampar di pulau terpencil dan harus bertahan hidup di pulau tersebut.
5.) Life on Mars (2018)
Dalam drama fiksyendan misteri ini, Jung Kyung Ho membawa watak sebagai Tae-joo, seorang detektif yang sedang menyiasat sebuah kes. Namun dia mengalami kecelakaan dan apabila terbangun dia mendapati dia berada pada masa lampau iaitu pada tahun 1988.
6.) When the Devil Calls Your Name (2019)
When the Devil Calls Your Name adalah drama Korea bergenre fantasi, supernatural, dan melodrama. Drama siri ini ditayangkan pada tahun 2019.
When the Devil Calls Your Name mengisahkan tentang Ha Rip/Seo Dong Cheon (Jung Kyung Ho) yang menjual jiwanya kepada iblis demi mendapatkan kejayaan sebagai komposer muzik.
Perkara itu membuatnya dia berurusan dengan iblis bernama Mo Tae Gang/Ryu (Park Sung Woong) yang merasuki tubuh pelakon terkenal.
7.) Hospital Playlist (2020)
Pada tahun 2020 dan tahun 2021, Kyung Ho berjaya membawa watak sebagai Kim Jun Wan yang merupakan seorang doktor pakar bedah jantung dalam siri drama Hospital Playlist 1 dan 2.
Hospital Playlist merupakan drama Korea yang ditulis oleh Lee Woo-jung dan diarahkan oleh Shin Won-ho. Drama ini dibintangi oleh Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, dan Jeon Mi-do.
Hospital Playlist mengisahkan tentang lima doktor yang telah bersahabat sejak mereka memasuki sekolah perubatan pada tahun 1999. Dalam drama ini, Kyung Ho membawa watak doktor yang sedikit sinis namun sangat prihatin kepada sahabat dan penyakitnya.
Baca Lagi: Rani Mukherjee Berlakon Dalam Filem Yang Diambil Dari Kisah Benar
Baca Juga: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video