Home Artis Korea Kdrama Terbaru: 12 Watak Ibubapa Toksik, Buat Penonton Geram

Kdrama Terbaru: 12 Watak Ibubapa Toksik, Buat Penonton Geram

0

Selepas lebih kurang 3 tahun menyepi, Hwang Jung Eum akhirnya membuat kemunculan melalui Kdrama siri The Escape of the Seven.

Dia mempunyai seorang anak yang dibuang sewaktu masih kecil. Namun, untuk memenuhi impiannya, dia mengambil kembali anak tersebut, tetapi dia malayan anaknya itu dengan cara yang buruk.

Selain watak yang dibawakan oleh Hwang Jung Eum, watak ibu bapa toksik sepertinya juga turut ditampilkan dalam Kdrama 2023 berikut ini.

Watak-watak ini juga disebut tidak layak menjadi ibu bapa oleh para penonton. Perangai ibu bapa toksik yang ditunjukkan dalam Kdrama siri 2023 di bawah ini tidak patut ditiru!

 

Kdrama 1. Dulu membuang anaknya kerana rasa terbeban, Geum La Hui (Hwang Jung-eum) mengambil semula anak itu dan melayannya dengan sangat teruk demi cita-cita dan ketamakannya dalam The Escape of the Seven

 

 

bd7ced3c d766 4f7f 9e88 cec8815ae1052. Cita-cita untuk menjadi ahli politik membuatkan Jung Yeon Mi (Seo Jung Yeon) sering mengabaikan perasaan anaknya dan segala kebahagiaan yang ditunjukkan adalah semata-semata wayang sahaja dalam My Lovely Liar

 

 

50f8bdd6 8347 4a74 971c 26ad278c9f8d3. Demi hidup mewah, Cha Hyang Sook (Jin Kyung) menipu ramai orang hingga sangup memeras wang dari anaknya sendiri dalam Kdrama siri My Lovely Liar

 

 

61fc75ff e6ad 42c2 9c4f cd3a8b35fa3b4. Asalnya seorang petinju, Lee Chul Yong (Kim Hyung Mook) melatih anak perempuannya menjadi petinju genius dengan cara yang teruk dalam Kdrama My Lovely Boxer

 

 

b7f7ae06 f4ea 4b99 a8a7 59f6f941caa65. Sering berganti pasangan, Ma Hee Ja (Nam Gi Ae) sehinggakan membuat anaknya trauma terhadap cinta dalam drama Call It Love

 

 

b0872fc6 7b03 4679 acda 194de437141b6. Meninggalkan anak pada adiknya, Nam Haeng Ja (Bae Hae Sun) tiba-tiba kembali untuk merebut harta dalam Crash Course in Romance

 

 

a795f279 f1d7 48f8 b8e2 41c3b9b0b5aa7. Selain melakukan keganasan rumah tangga, Tae Joong Sik (Kim Young Woong) juga selalu memeras wang hingga mengancam anaknya dalam drama Kokdu: Season of Deity

Baca juga: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton

 

9be45d1e 5a30 48d4 a90f 4191ef869d288. Lee Joong Ho (Kim Myung Soo) meminta anaknya untuk mengalah pada anak bosnya tanpa memikirkan perasaan anaknya sendiri dalam Oasis

 

 

e4d7e3fb 69c6 41c1 98ed 7d5d0c530650

9. Masih dalam drama Oasis, Kang Yeo Jin (Kang Kyung Hun) juga kerap bertindak sesuka hati dengan alasan sayang anak, padahal semuanya adalah demi cita-citanya sendiri

 

 

d295d64f d29a 41f5 8a26 3e65e2705be910. Ban Hak Su (Baek Seung Chul) juga memeras wang anak dan tidak pernah menyayangi anaknya dalam drama See You in My 19th Life

 

 

d3e88b7e c62f 4361 ac58 572200f1fe7d11. Tidak pernah melayan dan menjaga anaknya, Jeong Mi Hee (Park Ji A) tanpa rasa malu meminta duit dari anaknya dalam drama The Glory

 

 

f9918fc5 4885 4c90 af5e 28715610992512. Manipulatif, Park Jae Ho (Kim Sung Oh) pernah menuduh anaknya sebagai pembunuh, padahal pembunuhan itu adalah perbuatannya sendiri dalam Lies Hidden In My Garden

Cara setiap watak ibubapa dalam drama siri Korea 2023 yang tersenarai di atas menjaga dan memelihara anak tentu sekali sangat salah dan tidak patut diikuti. Kerana perlakuan yang sangat buruk, mereka dibenci oleh penonton dan dianggap tidak layak untuk menjadi ibubapa.

Sangat berkesan lakonan yang dibawakan oleh para bintang yang membawa watak sebagai ibu bapa toksik ini bukan?

Baca lagi: 5 Kdrama SBS Dengan Rating Tertinggi Sepanjang 3 Tahun Ini