Selepas tampil memukau dalam Taxi Driver 2, Lee Je Hoon muncul lagi dalam drama barunya tahun 2024 ini. Dia diberi kepercayaan untuk membawa watak utama dalam drama Chief Detective 1958. Ini merupakan prekuel dari drama legenda yang ditayangkan pada tahun 1971.
Drama akan datang ‘Chief Detective 1958’, prekuel kepada ‘Chief Inspector’, juga telah mengeluarkan teaser menggoda yang memperkenalkan dunia ghairah Park Young Han, lakonan Lee Je Hoon.
Chief Detective 1958, berlatarkan tahun 1960-an, mengisahkan Park Young Han dan skuadnya di Seoul, menghadapi kes pembunuhan yang mencabar dan letupan kereta.
Lee Je Hoon dilahirkan pada 4 Julai 1984 adalah seorang pelakon Korea Selatan yang sangat berbakat besar. Dia memulakan kariernya melalui filem-filem indie, kemudian dia muncul dalam filem komersial seperti The Front Line (2011), Architecture 101 (2012) dan My Paparotti (2013), dan siri televisyen seperti Fashion King (2012), Secret Door (2014 ), Signal (2016), Tomorrow With You (2017) dan Where Stars Land (2018).
Ketika Lee Je Hoon menyedari bahawa dia ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia berhenti dari jurusan Bioteknologi di Universiti Korea dan berpindah ke jurusan drama di Universiti Kebangsaan Seni Korea.
Dari tahun 2006 hingga 2010, Lee Je Hoon membuat kemunculan dalam lebih dari 18 buah filem pendek terbitan pelajar-pelajar seni yang juga filem indie, terutamanya filem jenis remaja romantik yang bertajuk ‘Just Friends?’ Dia juga tampil sebagai pelakon tambahan dalam beberapa filem komersial seperti filem thriller erotik The Servant dan komedi romantik Finding Mr. Destiny.
Lee Je Hoon akan membawa watak baru lain dari yang lain dalam drama ini. Bagaimanakah agaknya watak tersebut? Jom sama-sama kita lihat.
1. Dalam drama Chief Detective 1958, Lee Je Hoon akan membawa watak sehagai seorang detektif yang penuh bersemangat yang bernama Park Young Han
2. Dia adalah detektif muda yang bercita-cita tinggi, mempunyai prestasi dalam kerja dan selalu berjaya menyelesaikan kes jenayah serta mendapat pencapaian rekod tertinggi di Wilayah Gyeonggi
3. Kisah dimulakan ketika Park Young Han dipindahkan ke Balai Seoul pada tahun 1958, di sana terdapat banyak kes jenayah berat
4. Tidak mudah bagi Park Young Han untuk menangani berbagai-bagai krisis seperti pembunuhan, letupan kereta, dan pelbagai jenayah berat yang lain
5. Dalam Chief Detective 1958, Park Young Han tidak sendirian kerana dia bekerjasama dengan tiga rakannya untuk menangani kes-kes di luar jangkaan tersebut
6. Tidak mudah bagi Park Young Han dan ketiga-tiga rakannya selama bekerja di Seoul, mereka kerap kecewa dan kadang kala menangis
7. Pastinya dia tidak pernah menyerah kalah dan selalu memegang moto hidup, “Hanya ada dua perkara yang perlu kita ingat. Lindungi yang lemah dan kalahkan yang jahat.”
8. Keyakinan inilah yang membawa nama Park Young Han sebagai detektif legenda, dia tidak berdiam diri apabila maruah manusia diinjak-injak
Lakonan dan watak terbaru Lee Je Hoon dalam drama Chief Detective 1958 ini sangat dinantikan. Pelakon ini bakal membawa watak versi muda detektif legenda dengan idealisme yang tinggi. Pelakon ensemble itu juga menampilkan Lee Dong Hwi, Choi Woo Sung, dan Yoon Hyun Soo sebagai ahli skuad Park Young Han.
Nantikan drama Chief Detective 1958 ini ya!