Home Entertainment The Kidnapping Day, Tayang 13 September, Yoon Kye Sang Culik Anak Amnesia

The Kidnapping Day, Tayang 13 September, Yoon Kye Sang Culik Anak Amnesia

0

The Kidnapping Day akan tayang di Prime Video pada 13 September 2023.

Drama Korea ini berkisah tentang penculik bernama Kim Myung Joon, dibintangi oleh Yoon Kye-sang. Namun, penculikan ini bukan sahaja menyajikan genre thriller misteri dengan aksi-aksi menegangkan, tetapi juga diseliti dengan komedi.

The kidnapping day

Premis The Kidnapping Day juga cukup menarik, menceritakan kisah seorang lelaki miskin yang terdesak memerlukan wang untuk membayar operasi pembedahan anak perempuannya. Dia memutuskan untuk menculik seorang kanak-kanak dari keluarga yang kaya untuk mendapatkan wang tebusan tetapi disebabkan kekokannya, rancangannya gagal dan menjadi buruan polis.

Drama siri ENA “The Kidnapping Day” dengan sejumlah 12 episod ini selain dibintangi oleh Yoon Kye Sang, Park Sung Hoon, Yu Na, Kim Shin Rok, Kim Sang Ho, Seo Jae Hee dan Kang Young Seok turut tampil bersama.

IMG 4359

The Kidnapping Day merupakan drama siri yang diadaptasi dari novel Korea Selatan dengan tajuk yang sama oleh penulis Jung Hae Yeon dan merupakan hasil produksi AStory.

SINOPSIS PENUH

IMG 4367

Kim Myung Joon (Yoon Kye Sang) adalah seorang lelaki miskin tetapi sebagai seorang ayah tunggal, dia seorang yang baik. Saat ini dia sangat membutuhkan wang untuk membiayai operasi pembedahan anak perempuannya, namun dia tak mampu dek kerana kemiskinan.

Pada masa yang sama, bekas isterinya datang memberi idea penculikan. Dia mengajak Kim Myung Joon untuk menculik Choi Ro Hee, anak orang kaya berusia 11 tahun yang genius. Kerana terdesak, Kim Myung Joon pun menerima ajakan itu.

IMG 4363

Kim Myung Joon pun memulakan rancangan penculikan tersebut. Ketika sedang memandu berdekatan di kawasan rumah Choi Roo Hee, Kim Myung Joon tanpa sengaja melanggar Choi Ro Hee. Akibatnya, Choi Roo Hee mengalami amnesia.

IMG 4362 1

Kim Myung Joon akhirnya membawa dan merawat Choi Roo Hee di rumahnya. Choi Roo Hee yang telah kehilangan ingatan, menyangka Kim Myung Joon adalah ayahnya.

IMG 4365

Sementara itu, Kim Myung Joon ingin mengembalikan Choi Roo Hee kepada keluarganya, tetapi mereka tidak dapat dihubungi. Maka dia pun pergi ke rumah keluarga Choi Roo Hee.

Malangnya setiba di sana, dia terkejut melihat jasad kedua ibubapa Choi Ro Hee yang sudah tidak bernyawa dibawa keluar dari rumah oleh petugas medik.

IMG 4366

Rancangan penculikan Choi Ro Hee gagal, bukan setakat gagal mendapatkan wang tebusan dari ibubapa Choi Ro Hee, dia bahkan terjebak sebagai suspect atas pembunuhan kedua ibubapa Choi Ro Hee.

Akibatnya, kini dia menjadi pelarian dan menyembunyikan diri bersama Choi Ro Hee dari ditangkap. Masalah semakin memburuk apabila Choi Ro Hee mula menyedari pembohongan Kim Myung Joon yang ternyata bukanlah ayah Choi Ro Hee.

IMG 4364

Kedengaran menarik sangat! Tunggu apa lagi, pastikan “The Kidnapping Day” berada di dalam senarai tontonan wajib anda ya!

https://youtu.be/BE8Ub18ghX0?si=H3q7_XphWSMAA0t9

Baca lagi: 4 Filem Seram dan Thriller Misteri Korea Wajib Tonton di Viu
Baca juga: 7 Kdrama Dan Filem Berlatarkan Masa Zaman Dahulu, Tayang September ini