Home Entertainment Kekayaan Jin BTS

Kekayaan Jin BTS

0

Menjadi salah seorang anggota kumpulan K-pop BTS telah membuatkan setiap mereka berjaya mengumpul harta kekayaan, sesuai dengan usaha dan jerih perih yang telah mereka lalui. Jin atau nama sebenarnya Kim Seok-jin merupakan ahli kumpulan BTS yang paling tua.

Setakat tahun 2023 ini, Jin dilaporkan memiliki nilai harta dan aset berjumlah $20 juta. Jin berasal dari keluarga yang sememangnya mempunyai latar belakang perniagaan. Dia juga turut terlibat bersama saudaranya untuk membuka sebuah restoran pada tahun 2018.

32A58861 C68E 4FA3 9C36 A913B6F65D83

Terdapat banyak spekulasi tentang jumlah kekayaan setiap ahli BTS. Spekulasi dan gosip-gosip tentang kemewahan ini lebih kencang diceritakan tentang anggota tertua BTS iaitu Jin. Walaupun tidak terdapat banyak informasi tentang keluarga Jin, tapi majoriti peminat dan pengamal media di Korea dapat menghidu bahawa Jin datang dari keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri.

Selain mengumpul harta dari dunia muzik dan seni hiburan, wajah Jin sangat laku di kalangan jenama mewah di Korea Selatan. Jin bukan sahaja berkolaborasi dengan jenama tempatan, malah turut mengaut keuntungan dengan kerjasama bersama jenama terkenal antarabangsa.

Berikut merupakan jenama mewah yang telah mendapatkan khidmat Jin dan BTS:

1) CROCS (2022)

Koleksi BT21 x Crocs telah menjadi antara produk yang paling laris terjual pada tahun tersebut. BT21 adalah sekumpulan watak animasi yang dicipta oleh BTS. Karakter-karakter animasi ini amat terkenal dikalangan semua peminat BTS dan seterusnya digunakan oleh Crocs sebagai design untuk produk mereka.

2) SNICKERS (2022)

Pada bulan Ogos 2022 Snickers membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan selebriti dari Korea Selatan. Mereka memilih untuk bekerja sama dengan BTS bagi menjayakan promosi produk mereka. Snickers telah mengeluarkan pembalut coklat istimewa untuk coklat keluaran mereka. Pembalut-pembalut coklat ini terpampang tajuk-tajuk lagu paling popular BTS seperti Spring Day dan Make It Right.

3) LOUIS VUITTON (2021)

Menurut pakar pengeluar barangan mewah di Perancis, pengaruh BTS yang sangat kuat di seluruh dunia telah menyebabkan jenama mewah seperti Louis Vuitton mahu bekerjasama dengan BTS. BTS mendapat bayaran lumayan dengan menjadi duta produk jenama mewah tersebut. Ahli kumpulan BTS dilihat hadir di 2021 Men’s Fall Winter Fashion Show.

4) COCA COLA (2021)

Coca Cola juga tidak mahu ketinggalan untuk membuat kolaborasi bersama kumpulan muzik gergasi dari Korea Selatan ini. Hasil kerjasama BTS dan Coca Cola, lagu Turn Up Your Rhythm versi BTS telah dilancarkan.

5) MCDONALD’S (2021)

BTS berjaya membuat kerjasama dengan rangkaian makanan segera terbesar di dunia iaitu McDonald’s. Siapa masih ingat ‘BTS Meal’ dengan wajah anggota kumpulan BTS di kotak dan pembalut makanan? Menjadi rebutan seluruh peminat BTS pada waktu itu.

6) SAMSUNG (2020)

Samsung adalah syarikat elektronik pertama yang menawarkan kolaborasi bersama BTS pada tahun 2020. BTS berjaya mempromosikan model telefon samsung terkenal seperti Samsung Galaxy Z Flip4 dan juga Samsung’s BTS-themes Galaxy Buds.

BB60C8E2 7CF8 406A 9E4D FEA9BD2BB541

Jin juga dilaporkan memiliki beberapa aset mewah seperti:

● Sebuah rumah di Hannam the Hill dengan anggaran harga $2 juta.
● Sebuah restoran makanan Jepun, restoran ini diusahakan bersama abangnya dan
kini sudah memiliki 2 buah cawangan.

Baca Lagi: Heidi Klum Berhasrat Untuk Tambah Anak Pada Usia 49 Tahun

Baca Juga: Bintang Squid Game Berdepan Pendakwaan Serangan Seksual