Home News Keluar Dari Banglo Kediaman Sejak Sebulan Lalu, Song Hye Kyo Dedah Punca...

Keluar Dari Banglo Kediaman Sejak Sebulan Lalu, Song Hye Kyo Dedah Punca Penceraian

0

Kisah perceraian pasangan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki menarik perhatian dunia yang rata-rata peminat mereka turut bersedih dengan berita tersebut.

Menurut Koreaboo, pasangan ini telah meninggalkan kediaman mewah mereka di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.

Banglo mewah itu didiami setelah berkahwin pada Oktober 2017 dan dibeli dengan harga USD$8.9 juta.

Maklumat mengenai perpindahan mereka itu turut dikongsikan oleh jiran tetangga yang tinggal berdekatan.

” Dari kawasan ini kami nampak mereka buang sampah di luar rumah. Sudah sebulan kami tak nampak mereka keluar,” kata sumber.

Sebelum itu, Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.

” Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

Pasangan popular yang terkenal dengan lagu “Song-Song” ini bercerai selepas 20 bulan berkahwin. Dalam kenyataan lain Song Hye-kyo, menerusi agensinya, berkata keputusan untuk berpisah dilakukan selepas “berfikir dengan teliti.”

Sementara itu prosiding perceraian antara Song Joong-ki dan Song Hye-kyo berlaku setelah “berfikir dengan cermat, ” kata UAA Korea, agensi yang mewakili Song Hye-kyo, sambil menambah perkahwinan itu telah berakhir karena perbezaan yang tidak dapat disimpulkan.

Kedua-dua pelakon itu bertemu menerusi siri drama “Descendants of the Sun” pada 2016. Mereka bersatu pada 31 Okt tahun berikutnya. Menurut laporan tempatan, mereka telah berpisah untuk seketika.

bw37

Dalam pada itu firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.

” Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka.

Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016.

Terdahulu, sekitar 2 tahun lalu berita tentang perkahwinan pasangan ini terjawab apabila mereka berdua sah bergelar suami isteri pada petang Selasa dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan.

bw38

Ibu dan bapa Song Joong Ki memberi restu perkahwinan mereka.

Pada ketika itu seluruh kawasan sekitar hotel dipenuhi peminat dan wartawan yang cuba untuk merakamkan detik hari bahagia pasangan sama cantik sama padan ini.

Malah, gambar dan video turut tular di media sosial menunjukkan suasana dan keadaan di lokasi majlis sedang berlangsung menjadi tular dengan pantas dengan foto perkahwinan pasangan tersebut yang menunjukkan Song Hye Kyo memakai gaun putih telah tersebar di internet.

Sebuah portal turut melaporkan keluarga dan rakan rapat adalah di antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Selain itu, Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum dan rakan-rakan Hye Kyo yang turut serta ialah aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: mstar