Song Hye Kyo & Han So Hee bakal disatukan dalam sebuah drama bersiri bersama.
Menurut laporan media pada 29 Ogos, Song Hye Kyo dan Han So Hee merupakan tunjang utama drama bersiri yang diarahkan oleh pengarah Sweet Home, Lee Eung Bok.
Drama bersiri yang bertajuk “The Price of Confession” (masih belum finalise) mengisahkan tentang dua orang wanita yang terlibat dengan kes pembunuhan. Song Hye Kyo memainkan watak sebagai guru seni manakala Han So Hee memainkan watak sebagai wanita misteri.
Bagaimanapun, barisan pelakon lain untuk drama ini masih belum ditentukan. Nantikan perkembangan mengenai drama ini.
Sumber: AllKpop