Home Video Kena ‘Block’ Selepas Tanya Mengenai Sirim, Lihat Apa Tindakan Wanita Ini

Kena ‘Block’ Selepas Tanya Mengenai Sirim, Lihat Apa Tindakan Wanita Ini

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok natasyabunny, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai peniaga yang sedang menjual barangan elektronik di ‘live’ Tiktok, yang menyatakan bahawa beliau telah di ‘block’ selepas memberi soalan tentang SIRIM. Reaksi beliau kembali kepada ‘live’ tersebut dan menyoal tentang tindakannya yang terus ‘block’ akaun Tiktok nya kerana wanita ingin membeli tetapi tidak dilayan oleh peniaga tersebut.

Screenshot 2023 10 31 101050
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan barang elektronik yang dijual dengan harga murah sememangnya tiada SIRIM dan agak merbahaya kerana ianya boleh meletup serta tidak boleh dituntut. Ada juga yang mengatakan tidak kisah dengan harga mahal ataupun murah, yang penting setiap barangan elektronik haruslah mempunyai SIRIM. Segelintir netizen juga mengecam peniaga berkenaan kerana menjual barangan yang tidak tahan lama.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 399.2K penonton, 6748 sukaan dan 887 komen.

Baca lagi: Kongsi Cara Pelik Buat Roti Canai Lebih Crispy Di Tiktok Raih Perhatian Netizen

Baca lagi: “Kasar Betul Gurau Dgn Pakcik Ye”-Gurauan Lelaki Ini Pada Pakcik Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek tindakan wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Zrn : saya dh beli kipas ni , yallah bahayaa meletop dekat button speed tu

@hanis: SIRIM tu approval yg kena ada utk brg elektrik di Malaysia. maksudny slmat kita guna.Sbb tu tak rekemen utk bli brg elektrik scra online.

@tujuh nyawa: Better beli yang ada sirim gais. Atau kalau ada modal lebih. Brand Fujibin. Bilah besi. Auto terapung.

@Syed Hamid: Tak kisah murah atau mahal. Kalau beli brg elektronik ni beli lah yg ada sirim n warranty. So that kalau rosak boleh claim

@Evy Auliyaa: Kipas ni taya beli la. Patah tengkok. Bru pakai bpe hri dh nk patah kakinya tu. Lembik sgt.

@@irdina: ramai x tau SIRIM itu ap..blh tgk cerita upin ipin tajuk jimat tenaga , layan kartun best

@Leo: slalunya Benda murah Mmg xde sirim. tringat dlu beli periuk murah xde sirim..Mletup masa masak.Baik beli yg Ada sirim

@shashafikah: ade bli… kepala un xleh tegak btl.. asyik tunduk je.. pstu asyik nk jatuh jew

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram