Kena Paksa Kahwin – Perkahwinan itu semestinya benda yang baik untuk setiap insan. Tidak mengira agama, apabila disebut mengenai perkahwinan semestinya ia diutamakan bagi sesiapa sahaja pasangan lelaki dan perempuan yang serius untuk hidup bersama selama lama nya. Oleh itu, ia perkara yang dituntut dan tidak perlu malu atau ditangguhkan jika hubungan tersebut sudah ke peringkat serius.
Daripada rasa benci, timbulnya rasa sayang, itulah perasaan yang dirasai oleh seorang wanita dari negara jiran, Ana Amalia apabila dia berjodoh dengan seorang lelaki berusia 63 tahun.
Menurutnya, dia tidak menyangka perkahwinannya selama 5 tahun ini menemui kebahagiaan meskipun dia yang pada ketika itu berumur 27 tahun pernah menolak pilihan jodoh ibunya itu dengan lelaki yang bernama Emen kerana dia dianggap lebih layak menjadi datuknya, lapor Kosmo!
“Pada awalnya, saya memang dipaksa untuk berkahwin kerana ibu bapa telah menjodohkan kami berdua.”
Bagaimanapun, lama-kelamaan, dia dah mula rasa selesa hidup berumah tangga bersama Eman dan mula sedar bahawa Allah lebih mengetahui apa yang baik buat dirinya. Malah Ana juga akui bahawa dia benar-benar jatuh cinta dengan suaminya itu dan bersyukur atas kehidupannya pada masa ini.
Baca Lagi: “Mama Nak Pergi Konsert ‘Coldstorage’ Guys”-Reaksi Datuk Seri Vida Buat Netizen Terhibur
Baca Lagi: Sibuk Pergi Latihan Bola Sepak, Dato’ Zainal Abidin Hassan Minta Pihak Media Call Semula
“Lama-kelamaan, saya benar-benar jatuh cinta kepada suami. Mungkin itu yang dinamakan cinta itu hadir kerana kita sering ada untuk satu sama lain.”
Itu lah orang kata, jangan benci sangat dengan orang, nanti boleh jadi jodoh.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.
Sumber: LM