Home Video Kena Perli Sebab Jadi Suri Rumah, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai...

Kena Perli Sebab Jadi Suri Rumah, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shydarossa dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita di mana beliau pernah diperli oleh rakan kerana menjadi suri rumah. Beliau mengatakan sudah lama tidak berjumpa rakannya dan bertanya khabar. Serta terdapat beberapa soalan seperti menanyakan di mana beliau bekerja dan apa yang beliau lakukan.

Selepas wanita ini memberitahu bahawa beliau seorang suri rumah, terdapat beberapa soalan membuatkan dirinya sedih apabila mendengar daripada rakannya sendiri.

Screenshot 2023 07 26 100227
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai luahan wanita ini, mengatakan perkara ini sering berlaku pada kaum wanita apabila sudah bergelar sebagai isteri dan ibu namun patut berbangga dengan diri sendiri kerana mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, sehingga membuatkan dirinya kemurungan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 32K penonton, 1541 sukaan dan 295 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Tak marah , tapi cuma meluahkan isi hati . Kita semua kene faham . Apa yang kita inginkan dalam hidup kita semua tak sama . Kita hidup dalam kehidupan yang berbeza-beza . Maka jadinya , tolonglah jangan persoalkan “life” orang and stop jadi toxic people”

Baca lagi: Suami Hampir Di ‘Pukau’, Wanita Dedah Reaksi Pelanggan Arab Cuba Perangkap Si Suami Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: Mintak Byr Rm 50 Seminggu Untuk Beli Kambing Akikah, Kisah Rider Grabfood Ini Buat Ramai Sebak

Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat juga apa kata orang ramai:

@mequee: Suri rumah santai hadir. Always positive . Tak pernah dengar mulut orang. Small circle. Bersyukur.. Ada kerja and meeting bawak anak sekali bahagia

@Nununini: Surirumah ni mmg akn dipandang hina ke oleh geng bekerja?sy selalu kena mcm hina sgt jd surirumah xkerja,smpai rasa kemurungan

@Mama Aqil&Aisy : I always bangga jadi housewife..I ada medical degree..I percaya dgn rezeki Allah.Allah sebaik baik perancang

@SHI88: My cousin surirumah ada master. Now sururumah boleh ajar anak2 dia. Anak bijak2 Alhamdulilah

@sarashah898: Bangga laaa kita yg jdi SR! Kita ade cafe kita sendiri. Customer tetap sendiri . Kita chef di cafe kita.

@Anasyaza: Sya kalau boleh nk jdi suri rumah.. nak uruskan anak2 suami..

@AISYAH BURHAM: Masa sya jadi surirumah, kena perli..Masa dh kerja jdi cashier, kena perli lagi. Dh 3 tahn kawin xda anak, pun perli lg.. Diaorg nak apa sebenarny

@Mrs Nat: saya pun bangga jaadi surirumah…tk pnh rasa rugi…alhamdulillah…

@Lisa: mungkin x tau nk borak apa kot sis. lama x jumpa kot an

@Nur Mastura: sy bangga jadi housewife,dlm masa yg sama,sy dpat buat income sndri,dan boleh uruskan ank dan suami sy..mmg btul lpas jdi housewife mmg kwn byk hilang

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram