Umum mengetahui industri hiburan dari Korea Selatan atau K-pop sedang hangat di kalangan anak muda terutamanya golongan remaja.
Emanuela, 12 tahun dari Brazil, turut tidak terkecuali. Gadis cilik itu mengimpikan sambutan hari jadi bertema K-Pop.
Tanpa diketahuinya, abangnya yang menguruskan dekorasi dari A sampai Z parti tersebut.
Abangnya, Vitor de Souza yang tidak tahu-menahu tentang K-Pop cuma letak satu-satunya muka orang Korea yang dia kenal.
Mungkin itu adalah sambutan ulang tahun ke-12 yang Emanuela tak akan lupa sampai bila-bila apabila muka diktator Korea Utara terkenal, Kim Jong-un terpampang di seluruh ruang termasuk di atas keknya. Ironinya, K-pop kena banned di Korea Utara.
Apabila melihat foto yang dikongsi oleh Vitor, jelas terpancar sedikit fed up di wajah Emanuela. Nasib badan…
Tetapi risau kerana akhirnya gadis cilik itu tetap dapat kek idamannya yang bertemakan BTS, abang dia prank je awal-awal tu.
Sumber: Bored Panda