Home Artis Korea Kenali Park Min Young yang Memukau Sebagai Pelakon Utama Marry My Husband,...

Kenali Park Min Young yang Memukau Sebagai Pelakon Utama Marry My Husband, Bekas Teman Wanita Lee Min Ho

0

Park Min Young merupakan bintang utama untuk drama Korea terbaru Marry My Husband. Dia bergandingan bersama Lee Yi Kyung.

Pelakon wanita yang berusia 37 tahun ini membawa watak sebagai Kang Ji Won.
Kang Ji Won merupakan seorang wanita yang diberi peluang untuk hidup kembali setelah mati di tangan suaminya, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung).

2700a538 33f4 4f73 a268 a928c9a39001

Selain itu, Kang Ji Won juga adalah seorang wanita biasa yang menjalani kehidupan dengan dibebani oleh suami yang jahat, mertua yang mementingkan diri, dan kehidupan kerja yang sangat berat, hingga dia menghidap penyakit kanser di usia muda. Park Min Hwan adalah Suami Ji-won dan pembantu pengurus pasukan pemasaran 1 U&K Food.

Kerjaya Park Min Young

Park min young

Park Min Young adalah seorang pelakon wanita yang memang berasal dari Korea Selatan. Lahir pada 4 Mac 1986, memulakan karier dalam bidang seni pada tahun 2005 dengan membintangi sebuah iklan untuk SK Telecom. Park Min Young makin popular dalam dunia hiburan Korea Selatan selepas muncul dalam drama TV ‘Sungkyunkwan Scandal’.

Park Min Young mendapat pendidikan akhir di Universiti Dongguk pada Februari 2013. Perjalanan kerjaya sebagai pelakon
Park Min-young telah membintangi beberapa buah drama Korea Selatan yang meraih kejayaan besar seperti ‘What’s Wrong With Secretary Kim’, dia membawa watak sebagai Kim Mi So. Drama ini merupakan salah sebuah drama yang berjaya selain ‘Her Private Life’, ‘Queen For Seven Days’ dan ‘Healer’.

Perjalanan karier Park Min-young dimulakan melalui sebuah iklan SK Telecom pada tahun 2005. Park Min-young kemudian terlibat dalam sitkom bertajuk ‘Unstoppable High Kick!’ pada tahun 2006. Park Min-young terus tampil dalam drama televisyen, seperti ‘I Am Sam’ (2007) dan membawa watak sebagai seekor rubah berekor sembilan dan dia juga muncul dalam sebuah siri seram ‘Hometown of Legends’ (2008).

Baca lagi: Na In Woo Digandingkan Dengan Park Min Young Dalam Drama Baharu “Marry My Husband”

Populariti Park Min-young mula meningkat naik selepas dia berlakon dalam drama ‘Sungkyunkwan Scandal’ pada tahun 2010, dimana dia membawa watak sebagai seorang wanita muda yang bijak dan terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk memasuki institusi paling berprestij di Joseon.

Kejayaannya dalam drama ‘Sungkyunkwan Scandal membuatkan Park Min-young dipilih sebagai pelakon utama dalam drama ‘City Hunter’ yang diadaptasi dari manga Jepun dan dia bergandingan dengan Lee Min-ho.

Kisah cinta

IMG 0644Park Min Young pernah menjalin hubungan asmara dengan Lee Min Ho. Park Min Young dan Lee Min Ho terlibat dengan cinta lokasi selepas masing-masing sama-sama berlakon dalam City Hunter. Hubungan mereka kandas di tengah jalan kerana kesibukan masing-masing.

Terbaru, Park Min Young dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan terkenal yang bernama Kang Jong Hyun.

Baca juga: Knetz Boikot Marry My Husband? Park Min Young Sudah Naik Bosan Dituduh Menerima Duit Dari Bekas Teman Lelakinya

Filem dan Drama

c41fc50b 1c2e 4f19 9ba4 2a7850a6a462

● Park Min-young pernah berlakon dalm filem ‘The Cat’ atau dalam Bahasa Korea ‘Goyangyi: Jookeumeul Boneun Doo Gaeui Noon’ (2011). Dalam filem ini, Park Min-young membawa watak sebagai So-Hee.
● Love in Contract (tvN/2022) sebagai Choi Sang Eun.
● Forecasting Love and Weather (JTBC/2022) sebagai Jin Ha Kyung.
● When the Weather is Fine (JTBC/2020) sebagai Mok Hye Won.
● Her Private Life atau Geunyeoui Sasaenghwal (tvN / 2019) sebagai Sung Deok-Mi
● What’s Wrong With Secretary Kim atau Kimbiseoga Wae Geureolgga (tvN / 2018) sebagai Kim Mi-So
● Queen For Seven Days atau 7Ilui Wangbi (KBS2 / 2017) sebagai Shin Chae-Kyung
● Remember (SBS / 2015-2016) sebagai Lee In-A
● Healer (KBS2 / 2014-2015) sebagai Chae Young-Shin
● A New Leaf atau Gaegwachunsun (MBC / 2014) sebagai Lee Ji-Yoon
● Dr. Jin atau Dakteo Jin (MBC / 2012) sebagai Yoo Mi-Na (masa kini) / Hong Young-Rae (zaman Joseon)
● Glory Jane atau Yeongkwangui Jaein (KBS2 / 2011) sebagai Yoon Jane
● City Hunter (SBS / 2011) sebagai Kim Na-Na
● Sungkyunkwan Scandal (KBS2 / 2010) sebagai Kim Yun-Hee
● Running, Goo (MBC / 2010) sebagai Moon Haeng-Joo
● Princess Ja-Myung atau Jamyeonggo (SBS / 2009) sebagai Princess Nak-Rang
● Korean Ghost Stories atau Jeolseolui Gohyang (KBS2 / 2008) sebagai Myung-Ok (ep.1 “Nine-Tailed Fox”)
● I am Sam atau Ayi em saem (KBS2 / 2007) sebagai Yoo Eun-Byeol
● High Kick! (MBC / 2006-2007) sebagai Kang Yoo-Mi

Anugerah

07a22dda a42d 4de1 bd3f 6d1b7d9d2ad0● 2014 KBS Drama Awards – memenangi Anuherah Excellent Actress (medium-length drama) (Healer)
● 2014 KBS Drama Awards – memenangi Anugerah Best Couple Award (Healer)
● 2011 KBS Drama Awards – memenangi Anugerah Excellent Actress (medium-length drama) (Glory Jane)

Marry My Husband mendapat sambutan hangat dari para penonton seluruh dunia. Drama siri yang diadaptasi dari webtoon ini berjaya menarik perhatian ramai kerana jalan cerita yang menarik dan penuh fantasi serta lakonan hebat dari Park Min Young dan pelakon-pelakon lain yang sangat berkesan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Persamaan Marry My Husband dan Perfect Marriage Revenge, 2 Kdrama Adaptasi Webtoon Yang Digilai Ramai
Baca juga: Latar Belakang Lee Yi Kyung “Gwenchana” Yang Mengejutkan