Home News Kenapa Golongan T20 Tinggal Di Rumah PPR? Ini Sebabnya

Kenapa Golongan T20 Tinggal Di Rumah PPR? Ini Sebabnya

0

Ramai golongan seperti golongan B40 dan M40 bengang dengan golongan T20 yang tinggal di rumah PPR, ini sebabnya yang ramai tertanya-tanya. Heboh di laman sosial di mana netizen mempertikaikan influencer di Tiktok ini duduk di rumah PPR.

Mungkin ada di antara kalian tertanya-tanya apa salahnya duduk rumah PPR? Baca dengan teliti untuk mengetahui sebab golongan T20 ini tidak digalakkan untuk membeli rumah PPR.

rumah ppr

Sebab golongan T20 tidak digalakkan duduk di rumah PPR:

1. Pengambilan hak golongan B40 dan M40
PPR ialah Projek Perumahan Rakyat ini sebenarnya antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu menangani masalah perumahan golongan berpendapatan rendah.
Dan manakala PPRT iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin adalah bantuan yang ditawarkan adalah bina rumah baru dan baiki rumah sedia ada.

Dipetik dari Utusan Malaysia, sebanyak 1,108 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dirampas oleh golongan ‘orang kaya’, sekali gus mengambil hak daripada golongan yang lebih layak mendapatnya.

Baca lagi: Ibu Pelik Anak Tak Guna Duit Belanja Dan Sorok Sesuatu Dalam Beg Sekolah, Sekali Ini Respon Beliau

Baca lagi: 5 Undang-Undang Pelik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

sover m40 b40 t20 1024x1024 1

2. Ketidakadilan sosial
Kebanyakan pemilik terbabit memiliki kediaman sendiri dan tidak menduduki rumah PPR berkenaan, sebaliknya menyewakan premis tersebut kepada orang lain manakala ada yang membiarkan rumah berkenaan kosong atau menjadikannya sebagai rumah persinggahan.

Ia membuktikan bahawa penyewa adalah dalam golongan berduit (T20) kerana sudah mempunyai rumah lain tetapi memperoleh rumah sewa PPR sekali gus menafikan hak mereka yang lebih memerlukan untuk mendapatkan tempat tinggal pada kadar lebih murah.

Ianya sudah menjadi satu kesalahan seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian Jual Beli dan Surat Akuan Bersumpah.

2014 04 15 12.45.34 large

3. Melanggar syarat yang ditetapkan
Ada juga di antaranya membeli rumah tersebut hanya untuk menjual semula atau menyewakan unit kediaman mereka itu kepada pihak lain.

Tindakan itu perlu kerana syarat penyewaan dalam Kontrak Perjanjian Penyewaan Rumah PPR tertera klausa yang menetapkan bahawa penyewa tidak dibenarkan memberi sewa atau melepaskan pemilikan rumah kepada orang lain, sama ada secara penuh (untuk keseluruhan kediaman) ataupun sebahagian dari kediaman (sewaan bilik).

Mereka yang melanggar syarat yang ditetapkan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda oleh mahkamah mengikut Akta Akuan Berkanun 1960, sekiranya didapati bersalah.

4. Masalah perumahan di kalangan golongan berpendapatan rendah tidak dapat diselesaikan

ppr sandakan sayangsabah
Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 10,000 orang sedang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan kediaman PPR tersebut kerana kekosongan unit yang terhad.

Masalah ini tidak hanya menjejaskan golongan berpendapatan rendah tetapi juga menyebabkan ketidakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat. Ini kerana golongan yang tidak memiliki rumah akan merasa terpinggir dan tidak memiliki rasa kestabilan dalam kehidupan mereka.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.