One K Media telah mempersoalkan tindakan YG Entertainment yang menunggu untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang menyebarkan gambar-gambar peribadi Jennie di laman sosial. Selepas BLACKPINK menamatkan promosi album mereka, “BORN PINK”, mereka telah mengeluarkan kenyataan mengenai gangguan seksual yang dialami oleh Jennie walaupun perkara itu telah lama berlaku sebelum album terbaru mereka dilancarkan.
Selepas beberapa bulan pertuduhan yang bertalu-talu dikeluarkan oleh si pelaku, dan beberapa hasad dengki yang disebarkan di laman sosial dan turut memberi impak kepada beberapa artis Korea yang lain, peminat dan media mula mempersoalkan tindakan agensi mereka yang gagal memberi perlindungan kepada artis mereka ketika di awal perkara itu telah tersebar.
YG has refrained from commenting and expressing its position in order to minimize further damage, accusations, personal attacks, sexual harassment, and invasion of privacy that were made indiscriminately.
— š ššššš šššš (@NEWSJENNlE) October 3, 2022
Media telah mendedahkan YG membuat laporan mengenai fitnah yang disebarkan tentang Jennie BLACKPINK di laman sosial pada September yang lalu sedangkan perkara itu sudah berlaku beberapa bulan sebelum. YG telah membuat laporan bagi melindungi artis mereka, mengenai gangguan seksual, serangan peribadi dan sebagainya. Namun, sehingga kini, YG masih enggan mengulas mengenai perkara ini untuk mengelakkan promosi album terbaru BLACKPINK terganggu.
YG Entertainment… Kesian dekat Jennie, lambat sangat buat kerja!
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: Demi Bertemu Pelakon Kim Soo Hyun, Seorang Peminat Telah Membelanjakan Lebih RM500K!Ā