Home Entertainment Kenapa Lee Seung Gi & Lee Da In Tidak Dapat Berbulan Madu?

Kenapa Lee Seung Gi & Lee Da In Tidak Dapat Berbulan Madu?

0

Lee Seung Gi dan Lee Da In akhirnya rasmi mendirikan rumah tangga pada Jumaat, 7 April 2023. Majlis perkahwinan mereka berlangsung penuh makna, apa lagi apabila pengantin lelaki mempamerkan perasaan terharunya sehingga menitikkan air mata.

Pasangan pengantin baru biasanya akan terus berbulan madu untuk meraikan cinta mereka, tetapi ternyata pasangan pengantin baru Lee Seung Gi dan Lee Da In tidak sempat untuk pergi berbulan madu dalam waktu yang terdekat ini.

IMG 20230409 WA0011

Apakah alasan di sebalik keputusan tersebut? Jom sama-sama kita lihat penjelasan berikut ini:

1. Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan terlalu sibuk untuk cuti bulan madu

Media yang pertama kali menyiarkan berita ini adalah 10Asia pada 5 April 2023. Menurut laporannya, Lee Seung Gi dan Lee Da In memutuskan untuk tidak melaksanakan bulan madu mereka setelah selesai majlis perkahwinan pada 7 April 2023. Kedua-duanya dilaporkan mempunyai jadual yang sangat padat. Oleh sebab alasan
kesibukan itulah Lee Seung Gi dan Lee Da In memilih untuk tidak berbulan madu.

2. Lee Seung Gi sibuk dengan Asia Tour

Tidak lama sebelum perkahwinannya, Lee Seung Gi mengumumkan bahawa dirinya akan mengadakan konsert solo di beberapa buah negara di Asia. Dia akan sibuk dengan persiapan konsertnya setelah usai majlis perkahwinan. Konsert ini akan dimulakan pada 4 hingga 7 Mei 2023 di Seoul, Korea Selatan. Kemudian dia akan menjelajah ke pelbagai negara di Asia, termasuk Malaysia. Konsert Lee Seung Gi
di Kuala Lumpur dijangkakan akan berlangsung pada 5 Jun 2023 di Mega Star Arena.

IMG 20230409 WA0015 IMG 20230409 WA0013

3. Sementara itu, Lee Da In akan sibuk dengan penggambaran drama baru

Saat Lee Seung Gi sibuk dengan persiapan konsertnya, pengantin perempuan juga akan sibuk dengan penggambaran drama terbaru. Lee Da In dikhabarkan akan membintangi drama siri MBC yang bertajuk Lovers. Lovers adalah drama siri saeguk yang mengambil latar di era Joseon. Namun, belum diketahui bilakah jadual tayangan dan maklumat lanjut mengenai watak yang diambil oleh Lee Da In.

Baca Lagi: Lee Seung Gi & Lee Da In Kini Sah Bergelar Suami Isteri

4. Lee Seung Gi dan Lee Da In telah sah bergelar suami isteri

Pasangan pengantin baru yang sedang berbahagia ini baru sahaja merasmikan hubungan mereka sebagai suamu isteri, iaitu pada Jumat, 7 April 2023. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung meriah di salah sebuah hotel mewah iaitu Grand Intercontinental Seoul Parnas Hotel di Gangnam. Selain kedua-dua mempelai, para tetamu majlis perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In juga tidak kalah mencuri perhatian ramai. Pasangan ini mengundang ramai artis ternama serta bintang idol KPop popular. Antara tetamu jemputan adalah Cha Eunwoo ASTRO, Han Hyo Joo, Yoo Jae Suk, Lee Dong Wook, Sungjae BTOB, dan juga Suzy.

5. Perkahwinan mereka pernah ditentang netizen Korea Selatan

Di tengah-tengah kebahagiaannya, perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In ditentang oleh ramai netizen Korea Selatan. Sebab, selama ini, Lee Seung Gi dikenali sebagai seorang pelakon yang mempunyai citra dan kelakuan yang baik, sedangkan keluarga Lee Da In dianggap sebagai keluarga penjenayah. Semua orang tahu bahawa Lee Da In berasal dari keluarga selebriti. Ibunya iaitu, Kyeon Mi
Ri adalah seorang pelakon senior Korea Selatan.

Masalah utama bagi para netizen adalah ayah tiri Lee Da In yang pernah masuk penjara sebanyak dua kali atas tuduhan penipuan. Nama ibunya juga pernah terseret dengan kes penipuan tersebut. Walau begitu, Lee Seung Gi dan Lee Da In tetap mempertahankan hubungan mereka kerana kedua-duanya saling mencintai. Perkara ini terbukti dengan surat tulisan tangan Lee Seung Gi ketika dia mengumumkan perkahwinannya kepada umum.

IMG 20230409 WA0014

Selamat berbahagia untuk Lee Seung Gi dan Lee Da In! Walaupun kedua-duanya tidak dapat berbulan madu kerana jadual yang sangat padat, semoga hubungan pengantin baru ini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang!

Baca Juga: Fakta Menarik Lee Da In Isteri Kepada Lee Seung Gi