Jaebum telah dilihat berada di atas Jaebeom ketika bekas ahli kumpulan Got 7 itu mengadakan konsert persembahan solo nya, “Nostalgic”!
Pada minggu lalu, Jay B telah mengadakan konsert pertama nya selepas kemunculan semula, dan juga konsert solo pertamanya selepas menyertai kumpulan H1GHR MUSIC. Ketika majlis tersebut, Jay B dilihat sedikit emosi dan tidak mampu meneruskan kata.
Secara tiba-tiba Jay Park muncul di atas pentas dan memeluk Jay B dari belakang.
Jay Park dilihat menenangkna Jay B dengan mengambil mikrofon daripada penyanyi tersebut dan mengatakan, “Jangan menangis Jay B! Jangan menangis”, menyebabkan tawa dari para netizen.
Jay Park turut berkongsi moment kelakar itu di Instagram story nya pada 21 Jun yang lalu dengan caption, “@jaybnow.hr, hati saya berbunga?”, dan “adakah awak terkejut?”.
Nampaknya Jay Park berjaya menyerang hendap Jay B! Apa reaksi korang terhadap interaksi antara dua artis ini, Jaebum x Jaebeom?