Home News Kenapa Orang Zaman Dulu Suka Bela Ikan Puyu? Ini Jawapannya

Kenapa Orang Zaman Dulu Suka Bela Ikan Puyu? Ini Jawapannya

0

Ikan Puyu atau dikenali sebagai Ikan Karuk merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak dan digemari orang zaman-zaman dahulu. Sawah atau tali air serta menjadi habitat utama spesis ini.

Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Ikan puyu mampu bertahan tanpa air sehingga 6 hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Screenshot 2023 06 21 102550

Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan atau menyukai membela ikan puyu ini kerana mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu sihir dan dipukau, ada juga yang mengatakan ikan ini dapat menghalau hantu dan makhlus halus.

Disebabkan itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesis ini di dalam rumah, lagi-lagi orang zaman dahulu.

Screenshot 2023 06 21 102605

Ikan puyu ini sejenis ikan yang tidak tidur malam, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sinetron