Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kenapa Perlu Menonton Bad Memory Eraser? Kdrama Komedi Terbaru

Kenapa Perlu Menonton Bad Memory Eraser? Kdrama Komedi Terbaru

0

Memasuki bulan Ogos 2024, Vidio kembali menampilkan tayangan drama Korea terbaru yang bertajuk Bad Memory Eraser.

Bad Memory Eraser dibintangi oleh pelakon-pelakon popular dan terbaik Korea seperti Kim Jae Joong, Jin Se Yeon, Lee Jong Won dan Yang Hye Ji ini, menceritakan tentang kehidupan bekas pemain tenis berbakat iaitu Lee Goon, yang terpaksa meninggalkan kerjayanya kerana kecederaan yang dialaminya. Kecederaan ini membuatnya hilang kepercayaan diri, dan dia terpaksa berjuang untuk mencari kembali semangat hidupnya.

Watak Lee Goon (yang dilakonkan oleh Kim Jae Joong) menunjukkan bagaimana seseorang dapat bangkit kembali walaupun menghadapi rintangan besar dalam hidup. Dengan alat pemadam memori, dia dilahirkan kembali dengan semangat percaya diri yang tinggi dan karisma yang luar biasa.

Bad Memory Eraser tampil dengan 16 episod. Diarahkan oleh Yoon Ji Hoon dan Kim Na Young. Yoon Ji Hoon telah berjaya menghasilkan beberapa buah drama sebelum ini seperti I Summon You, Gold! (2013) dan Lights and Shadows (2012).

Sebelum menonton drama ini, mari sama-sama kita lihat beberapa fakta menarik tentang drama Korea Bad Memory Eraser’ berikut ini:

 

Dibintangi oleh Kim Jae Joong dan Jin Se Yeon

Bad memory eraserKim Jae Joong merupakan pelakon dan juga penyanyi top (anggota kumpulan JYJ) dari Korea Selatan. Dalam dramanya kali ini, Kim Jae Joong membawa watak sebagai Lee Goon, bekas pemain tenis berbakat yang hilang keyakinan diri selepas mengalami kecederaan. Dengan alat pemadam memori, dia dilahirkan semula dengan semangat dan keyakinan diri tinggi dan karisma yang luar biasa.

Bad Memory Eraser juga menandakan kemunculan semula Kim Jae Joong dalam dunia drama selepas kali terakhir membintangi drama pada tahun 2017 melalui drama yang bertajuk Manhole. Pasti peminat setianya sudah tidak sabar-sabar untuk menonton drama terbarunya ini.

Bad Memory Eraser juga dibintangi oleh Jin Se Yeon yang membawa watak sebagai Kyung Joo Yeon. Seorang pakar saraf yang berperanan penting dalam cerita ini. Kyung Joo Yeon ternyata adalah cinta pertama palsu bagi Lee Goon, hasil dari manipulasi memori. Dengan sikap dinginnya, dia mendapat gelaran “puteri ais”. Namun, di sebalik sikap dinginnya itu, Kyung Joo Yeon sebenarnya sangat kekok dalam mengungkapkan perasaannya kerana pengalaman pahit di masa lalu.

Watak ini menggambarkan kompleksiti emosional dan bagaimanakah masa lalu dapat mempengaruhi seseorang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Jin Se Yeon merupakan pelakon dengan pengalaman yang sangat luar biasa. Bagi Jin Se Yeon, Bad Memory Eraser juga merupakan pentas penampilan sulungnya selepas 2 tahun menyepikan diri selepas tampil dalam drama Stockstruck (2022).

Jalan Cerita Yang Unik dan Anti-Mainstream

IMG 6893

Bad Memory Eraser mempunyai latar belakang cerita tentang sukan tenis. Namun secara keseluruhan, jalan cerita drama ini bukan hanya fokus pada kisah sukan semata-mata. Drama ini lebih kepada kisah romantik antara setiap watak di dalamnya.

Selain itu, keunikan lain yang dapat dilihat dari poster yang sudah dilancarkan. Keempat-empat watak utama tampak duduk dengan gaya saling bertindihan dan tertawa dengan mesra. Keempat-empat watak tersebut seperti saling berkaitan dalam sebuah hubungan.

Walau drama ini menampilkan unsur komedi yang sangat kental, penonton tetap dapat menonton cerita yang menarik, watak yang kompleks, dan kisah romantik yang memikat. Dengan jajaran pelakon yang berbakat besar dan plot yang unik, “Bad Memory Eraser” diharapkan dapat menjadi salah sebuah drama yang popular dan disukai para penonton.

Pelakon Pembantu yang Membuat Drama Bad Memory Eraser Semakin Manis dan Indah
Dalam drama kali ini, Lee Jong Won membawa watak sebagai Lee Shin, adik kepada Lee Goon, yang juga merupakan seorang pemain tenis. Berbeza dengan abangnya, Lee Shin adalah pemain tenis nombor 1 dunia, namun dia menyimpan luka emosi yang sangat mendalam. Watak Lee Shin menunjukkan bahawa kebahagiaan secara luaran tidak selalu mencerminkan kebahagiaan sebenar.

Terdapat juga Yang Hye Ji yang melengkapkan drama Bad Memory Eraser. Yang Hye Ji membawa watak sebagai Jeon Sae Yan, seorang penterjemah berbakat iaitu Lee Shin. Dengan pesonanya yang hebat, Sae Yan seolah-olah memiliki kekuatan magik untuk memikat hati setiap orang di sekelilingnya. Kehadirannya bukan hanya sebagai penterjemah, tetapi juga sebagai salah satu faktor yang mungkin akan mengungkapkan sisi-sisi tersembunyi Lee Shin

Bad Memory Eraser merupakan salah sebuah drama Korea yang dinanti-nantikan pada tahun 2024 ini. Hadir dengan 16 episod sahaja, tayangan perdana di tv Korea Selatan telah rasmi pada 2 Ogos lalu, untuk tontonan global, anda boleh menonton drama satu ini di Vidio. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 25 Filem dan Siri Zombie Ini Tampilkan Plot Unik, Bukan Kisah Ngeri Semata-Mata
Baca juga: 7 Filem Seram Komedi Korea Ini Menjadi Kurang Seram Kerana Adanya Adegan Lucu