Sekiranya anda peminat K-pop, K-drama dan K-show, pasti tidak asing lagi dengan sejenis kopi yang sering muncul bersama bintang Korea ini.
Secara asasnya, Americano ais difahamkan terdiri daripada air, espresso dan ais. Jaemin NCT merupakan antara peminum paling hardcore di mana artis K-pop ini mengakui tidak letak air langsung sebaliknya 8 espresso shot dan ais yang dibiarkan mencair, dan dia minum kopi tersebut 6 kali sehari.
Americano ais dilaporkan menu terlaris dan popular di kafe-kafe di Korea Selatan termasuk Starbucks. Persoalannya, kenapa ramai orang Korea suka Americano ais?
Menurut portal Fourth Estate, seorang warga Korea mengatakan sebab utamanya adalah ia lebih murah berbanding kopi lain dan tidak mengandungi susu. Mereka juga tidak perlu runsing tentang kalori kerana minuman ini tidak manis seperti frappuccino.
Tambahan pula, minuman ini turut dikatakan mempunyai tendangan kafein yang padu. Secara umumnya, orang Korea mempunyai budaya kerja kuat misalnya bekerja dan belajar sehingga larut malam. Oleh itu, minuman ini membantu mereka untuk jadi lebih segar dan bersemangat.
Di kebanyakan tempat, kopi sinonim dengan rasa hangat. Manakala seorang pengguna Quora dari Korea mendedahkan penduduk di negaranya tetap gemar meminum kopi ais tanpa mengira musim. Sehinggakan tercipta frasa Korea terkenal, “Walau kami membeku nak mati, tetap Americano Ais.”
Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa beza Americano dan kopi O? Ini jawapan warganet dalam laman forum Lowyat:
Video di bawah menunjukkkan cara buat Americano ais stail Korea guna Nescafe: