Home Business Kenapa Sandwich Subway Selalu Muncul Dalam K-Drama

Kenapa Sandwich Subway Selalu Muncul Dalam K-Drama

0

Sandwich Subway berada di mana-mana dalam K-Drama. Dating di Subway, makan di Subway, malah saya pernah terbaca komen, “Tengah berlari dikejar pemb*nuh psiko pun, sempat lagi berhenti beli sandwich di Subway!”

Tidak banyak K-drama yang terselamat daripada peletakan produk atau product placements (PPL) ini. Mungkin ada iaitu drama sejarah atau sageuk kerana mahunya penonton bakar TV sekiranya raja Korea zaman purba pun order sandwich Subway.

8 3

Mengikut penjelasan The New York Times, fenomena ini disebabkan oleh peraturan televisyen Korea. Program TV di sana tidak direhatkan dengan iklan.

Umum mengetahui media ‘cari makan’ dengan pengiklanan. Misalnya anda tengah syok layan cerita drama di TV 5 (bukan nama stesen TV sebenar), kemudian dipotong dengan iklan McD, lampin bayi dan sebagainya. Ada tempoh iklan yang agak lama sehingga anda sempat ke tandas, sapu sampah dan bagi makan kucing.

Manakala hal ini tidak berlaku di stesen TV sana. Oleh itu, pengusaha K-Drama perlu guna cara kreatif. Antara jalan buat duit menerusi pengiklanan adalah peletakan produk atau PPL. Malah PPL turut dimasukkan ke dalam plot cerita dalam skrip drama.

Memandangkan drama Korea mempunyai peminat dari serata dunia, mereka memaparkan produk yang lebih universal seperti Subway ini. Banyak produk lain turut guna PPL namun tidak se-agresif pihak rangkaian restoran makanan segera dari Amerika Syarikat ini.

11 1

Colin Clark, pengarah Subway di Korea Selatan memberitahu The New York Times bahawa strategi ini berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara sebelum VS selepas PPL dalam drama Korea.

10 3

Meskipun amalan PPL ini dikritik manipulatif dan iklan Subway dikatakan berlebihan, itu tetap tidak menjadi penghalang untuk mempengaruhi orang ramai singgah Subway. Nak sandwich seafood satu!

Sumber: [1],[2]