Kenapa Orang Korea Makan Pedas-pedas
Terus terang, sebab utamanya adalah hendak melupakan kesengsaraan.
Memetik portal VICE, Korea Selatan merupakan antara negara yang mempunyai waktu kerja terpanjang di dunia.
Ketika menonton drama Korea ‘Romance is a new book’, saya melihat babak staf di syarikat penerbitan itu bekerja dari pagi hingga larut malam.
Bunyinya memang berdedikasi namun apabila bekerja keras sehingga tidak nampak beza bulan dan matahari begitu, tidak mustahil rasa tertekan itu ada sebab kita ni manusia, bukan robot.
Menurut tulisan Vivian Song dalam VICE ini lagi, lazimnya kebanyakan orang Korea cuba menghilangkan stress, kemurungan dan patah hati dengan memakan makanan seperti tteokbokki, mi dan kuah yang pedas-pedas.
Rasa pedas yang berasap telinga dikatakan mampu mengalihkan rasa cemas dan sengsara serta melepaskan hormon endorfin ke seluruh tubuh untuk berasa bahagia dan menghilangkan sakit.
Bagaimanapun tahap kepedasannya mempunyai 3 tahap iaitu:
Jjajeung (Pedas Gila)
Makanan ini boleh dikatakan pedas nak mati sehingga membuatkan lidah tertampar, muka berpeluh, mata berair dan hidung berhingus atau silap-silap nak terjun sungai.
Malah dikatakan salah sebuah restoran makanan terpedas di Seoul, Shingil Spicy Jjambbong telah mendakwa 10 orang pengsan dalam masa setahun bila makan di restorannya. Malah siap claim lagi, “Kemurungan atau stress dapat diatasi dalam masa 10 minit.”
Menurut VICE lagi, kebiasaannya orang yang sedang stress dengan kerja mencari makanan ini. Kerana kesengsaraan tahan pedas itu dapat melupakan seketika deadline yang terlepas, dimarah bos, makian klien dan mesin fotostat rosak.
Mashi-neun (Pedas Sedap)
Tidak seagresif jjajeung, tahap kepedasannya masih boleh dibawa berbincang dan bertenang. Pernah tak anda makan nasi goreng cili padi, pedas tapi rasa tak nak sudah makan? Nak tambah lagi, lagi dan lagi? Haa, lebih kurang begitulah rasanya.
Ia membuatkan anda ketagih untuk terus makan dan bagus bagi sesiapa yang sedang patah hati, kerana makanan tak pernah mengecewakanmu, bestie. Jadi utamakan makanan, bukan harapan.
Siwonhan-mat (Pedas Segar)
Selepas menghirup sesenduk kuah yang panas dan pedas meletup-letup, sesetengah orang Korea akan berteriak “Ah, segarnya!”
Segar yang dimaksudkan itu adalah rasa nyaman efek kuah panas mengalir ke dalam kerongkong dan tubuh. Ibarat makan mi maggi berkuah perisa kari panas-panas semasa hari hujan.