Dalam ramai-ramai pelakon dari England yang membina nama di Hollywood, Kenneth Branagh dikenali sebagai salah satu nama yang sangat bersinar dan telah meraih kemasyuran.
Mana mungkin tidak? Bukan hanya memiliki bakat lakonan yang cemerlang sebagai, pelakon kelahiran Belfast, Irlandia Utara yang sudah berusia 62 tahun ini juga mempunyai bakat sebagai seorang pengarah. Salah sebuah film Branagh yang popular adalah siri filem Hercule Poirot yang diangkat dari novel lagenda karya Agatha Christie.
Membawa watak sebagai seorang detektif yang terkenal iaitu Hercule Poirot, Kenneth Branagh berjaya mengembangkan franchise ini hingga mengeluarkan dua sekuel. Terbaru, A Haunting in Venice (2023) yang sekarang ini sedang ditayangkan di pawagam.
Bukan hanya sebagai Hercule Poirot, sepanjang berkecimpung dalam dunia seni, Kenneth Branagh kerap membawa pelbagai watak yang meninggalkan kesan di hati para penonton. Salah satu watak yang sangat ikonik adalah guru sihir dalam siri filem Harry Potter, berikut adalah lapan watak paling ikonik yang pernah dibawa oleh Kenneth Branagh dalam fiem:
1. Pencalonan Oscar pertama diraih oleh Branagh sewaktu membawa watak sebagai Raja Henry V dalam Henry V (1989) yang diangkat dari karya William Shakespeare
2. Watak saintis pencipta Frankenstein, watak Victor Frankenstein berjaya dihidupkan oleh pelakon ini dalam Mary Shelley’s Frankenstein (1994). Sudah menonton?
3. Bergandingan dengan Laurence Fishburne, Branagh membawa karakter antagonis bernama Iago dalam Othello (1995). Lakonannya meraih banyak pujian!
4. Setahun kemudian, dia kembali terlibat dengan filem adaptasi Shakespeare berjudul Hamlet (1996). Membawa watak sebagai Prince Hamlet, pesonanya memukau!
5. Peminat Harry Potter? Anda pasti mengenali Branagh melalui lakonannya sebagai Gilderoy Lockhart dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
6. Membawa watak sebagai Laurence Oliver, Branagh membina keserasian yang memikat dengan Michelle Williams (Marilyn Monroe) dalam My Week with Marilyn (2011)
7. Bukan hanya hebat melakonkan watak rekaan Shakespeare, Branagh juga pernah membawa watak sebagai William Shakespeare sendiri dalam All Is True (2018)
8. Christopher Nolan menampilkan ramai pelakon top untuk membintangi Oppenheimer (2023). Salah seorang darinya adalah Branagh yang membawa watak sebagai Niels Bohr
Meneruskan pengembaraan Hercule Poirot (Kenneth Branagh) dari Murder on the Orient Express (2017) dan Death on the Nile (2022), A Haunting in Venice (2023) mengikuti usaha detektif hebat ini dalam membongkar amalan pemujaan roh. Namun, situasi berubah di luar kawalan ketika upacara tersebut memakan mangsa.
Mampukah Poirot memecahkan kes misteri yang menentang logik akal tersebut? Tonton A Haunting in Venice untuk melihat aksi Kenneth Branagh!