Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok fazura.klstokis, dan telah ditular baru-baru ini.
Nur Fazura Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, model, penyanyi dan juga seorang usahawan wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 September tahun 1983, berasal dari Pekan, Pahang. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau juga telah berkahwin dengan juga seorang pelakon terkenal iaitu Fattah Amin, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama sebagai Nur Fatima Aisya.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Fazura dan Fattah Amin membuat satu siaran langsung di media sosial untuk mempromosikan bisnes tudungnya, namun ada beberapa netizen memberi soalan yang membuatkan Fazura memberi respon mengenai ‘penyondol’. Respon Fazura beri amaran kepada ‘penyondol-penyondol’ itu telah menarik perhatian ramai dan video klip ini juga telah ditular di media sosial.
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan mereka terhibur melihat reaksi Fazura yang secara spontan beri amaran tersebut. Ada juga yang mendoakan beliau dan juga suaminya dijauhkan perkara sebegitu dan semoga hubungan mereka berdua hingga ke jannah. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.1M penonton, 34.1K sukaan dan 647 komen.
Lihat klip durasi pendek respon Fazura:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@yoyowes123: apsal rmai yg bitter? fazura tu gurau je sbb rmai komen kat live nk tgk laki dia. dr dlu dia suka sakat org2 yg komen nk tgk fattah. acah2 warning je.
@WaniCo: Mintak dijauhkan dari segala dugaan dlm rumahtangga buat mereka…aamiin
@Iman : tak salah pun Fazura warning , Fattah Amin tu dia punyaaaa
@anizakaria: akk doa kan semoga faz dn fattah bahagia hgga ke syurga.. aamiin3x
@Ros Rosie416: suka tgok..Fatah ni su gguhpun hensem tapi x curang pandai didik isteri
@nitaRoaini: jgn lah fazura n fatah.. diuji dgn org ke3.. biar jodoh smp syurga… amiin yra…
@yokujessica: pasangan ni Sya suka tgok.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat
@user1403004633444: Nasib baik member tu dua jari peace, kalau 1 jari.. Suspek da gamaknye
@.: na….siap2 dah bagi amaran jadi jangan mencuba dengan fazura k…terbaik fazura semoga sampai ke jannah…aamiin2
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram