Home New Post Kepok Kubur Suami Dipecahkan Selepas Setahun, Raungan Wanita Ini Raih Perhatian

Kepok Kubur Suami Dipecahkan Selepas Setahun, Raungan Wanita Ini Raih Perhatian

0

Apa itu kepok??

Perkataan kepok berbeza mengikut negeri masing-masing. Sebagai contoh, di Kelantan, kepok merujuk kepada keropok. Di negeri-negeri lain pula, rata-rata memanggil binaan di atas tanah perkuburan sebagai kepok, pusara atau kalang air. Walau apa jua nama yang diberi, ia berfungsi sebagai tanda yang kekal untuk diziarahi ahli keluarga dan boleh dikira sebagai hadiah dunia terakhir untuk insan tercinta.

Menerusi video yang telah tular di tiktok dengan 8 juta tontonan dapat dilihat seorang wanita yang meraung di persekitaran kubur. Difahamkan, kepok yang telah dibina setahun telah dirobohkan oleh pihak yang menjaga kawasan kubur tersebut. Situasi tersebut membuatkan wanita tersebut berasa sangat marah dan sedih apabila kubur arwah suaminya diperlakukan sebegitu. Dia juga ada menulis kapsyen di tiktoknya,

Tunggu Balasan Allah Nnti Manusia2 Zalim Berhati Yahudi Lahatullah Firaun!!! Tergamaknya Sampai Ke Tahap Pecahkan Kubur Selepas Setahun Lebih Kubur dah Siap! Kenapa Kau Tak Pecahkan Seminggu Or Sebulan Time Kubur Ni siap? Astagafirullahal a’zim Tergamaknya Kau! Ya Allah Kuatkan Aku

kepok1

Di ruangan komen pula, ramai yang menyatakan bahawa sebenarnya kepok tersebut dirobohkan kerana pada kepok kubur tu ada kalimah allah n muhammad yang mana sama paras kaki manusia jika bediri. Malah ada juga yang menyatakan bahawa tanah tersebut merupakan tanah wakaf dan tidak boleh membina kepok atas tanah wakaf.

“jiran sy cakap kalau nk buat binaan atad kubur.. pastikan atas tanah sendiri.. bukan tanah wakaf “

“arwah ayah sy prnah kata, tanah kubur tu tanah wakaf. kita tak bole suka2 hati bina benteng atau simen sebagai hiasan”

“Jawapan die ade kat kepok tu….boley ke nama ter agong tu yang maha besar tu letak selaras dengan kaki”

Baca juga : Peguam Dedah Cerita Isteri Baru Kahwin 3 Lelaki, Sekali Ini Tindakan Suami Beliau

Baca juga : Suami Kantoi Curang Di Airport, Sekali Tindakan Si Isteri Pula Buat Ramai Yang Sokong

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Nik_Zan : oooo… x payah menangis kak.. yang dah pergi hanya mahukan Doa dan Sedekah.. Anak Soleh jer.. kubur Cantik Mewah bertingkat2 atas tanah wakaf x boleh

@LIEYA79 : org yg pecahkan tu tak zalim tp kita yg zalim pada simati sbb bukan hak kita buat kepoh atas tanah wakaf@ perkuburan

@Umamah : ye ulamak pun cakap kite x boleh berhias atas kubur….yg afdalnye boleh letak batu je utk buat tande….seeloknye batu sungai maaf andai saya khilaf

@Dwen : Tak perlu sedih kak, sebab dah tak guna kita hias cantik cantik pun. Yg lebih penting, doa dari kita. Itu lebih penting.

@Cheftopikertas : ada sesetengah tempat, pihak pengurusan kubur mmg tidak membenarkn hiasan kubur berlebihan, selaras dgn tuntutan agama kita agama Islam.

@Perkongsian Ilmu : Rasulullah sollallahu Alaihi Wasallam larang buat binaan di kubur.

@Suhaila Jaafar Sidik : Buat yg asas je sis.. Asal kn jgn hilang tanda utk kita ziarah..arwah abah sy pesan jgn cantik kn kubur die.. Die x nak.. Cukup doa dr anak2

@maccloy : hiasa kubur tidak memberi manfaat kepada simati..kiriman doa dan pahala simati lebih perlukan dari yg masih hidup

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram