Home K - Pop Akhirnya Ini Keputusan Yang Telah Dibuat Oleh Abang Sulli Atas Harta Peninggalan...

Akhirnya Ini Keputusan Yang Telah Dibuat Oleh Abang Sulli Atas Harta Peninggalan Adiknya.

0

“Orang Korea ke Malaysia ke.. sama je” – terutama dalam perebutan harta.

Isu perebutan harta di kalangan ahli keluarga selepas seseorang itu meninggal dunia bukanlah situasi baru jika di Malaysia ini.

Tidak kira agama, bangsa dan latar belakang, ia sememangnya terjadi. Malah situasi ini juga selalu dipaparkan di dalam drama televisyen tempatan.

Menariknya di Korea Selatan, ia juga merupakan situasi yang familiar.

Hal ini terjadi selepas insiden kematian penyanyi terkenal K-Pop, Choi Sulli beberapa bulan yang lalu.

Isu perebutan harta bekas penyanyi kumpulan f(x) itu dilaporkan masih belum selesai oleh media di Korea Selatan.

Kata mereka, sebaik saja meninggal dunia, ibu bapa mendiang dikatakan telah bertelagah kerana isu harta peninggalan Sulli kira-kira RM18 juta.

sulli

Sama keadaan seperti di Malaysia, undang-undang di Korea Selatan juga menyatakan harta pusaka ahli keluarga yang meninggal dunia harus dibahagikan sesama ahli keluarga.

Ini termasuklah ibu bapa, pasangan, anak dan adik-beradik.

Dalam kes Sulli yang belum berkahwin dan tidak meninggalkan sebarang wasiat, hartanya secara automatik akan diserahkan kepada ibu bapa, dua orang abangnya dan adik lelaki.

Namun, dalam diam bapa Sulli dilaporkan bersifat tamak kerana masih inginkan bahagian hartanya walaupun belum pernah menziarahi kubur Sulli lagi.

sulli 2
Ia diketahui setelah abang kedua Sulli iaitu Choi Dae Hee bersuara di media sosialnya kerana tak berpuas hati dengan sifat bapanya.

“Saya nak meratapi kematian Sulli dengan tenang. Tapi bagaimana seorang yang kami gelar sebagai ayah tergamak hanya memikirkan soal harta sedangkan dia tidak pernah menziarahi kubur adik saya sekali pun” ujarnya.

sulli 3
Dae Hee turut memut naik imej screen shot di mana bapanya mendedahkan kepada rakannya bahawa dia sudah tak bertegur sapa dengan ibu Sulli selepas mereka bergaduh mengenai harta peninggalan Sulli.

Haish..

Malu apabila aib keluarga dibuka sebegini rupa setelah anak mereka meragut nyawanya sendiri.

Jadi, untuk pengetahuan semua Dae Hee membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa bahagian peninggalan dari harta Sulli.

Kesian Sulli yang sebelum ini selalu Jadi ‘Target’ Kecaman Netizen Korea.

Dah baca.? Jangan lupa like dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Remaja