Banyak kes yang kita dengar di mana terdapat pengguna jalan raya yang berani melawan arus. Keadaan seperti itu sangat berbahaya dan boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Tular sebuah video di media sosial di mana rakaman menunjukkan seorang penunggang motosikal jenis Ducati yang terpelanting jatuh dari flyover kerana hendak mengelak dari penunggang motosikal yang melawan arus. Situasi tersebut telah menaikkan kemarahan netizen kerana terbukti lelaki yang melawan arus tersebut menjadi punca terjadinya kematian yang tragis itu.
“Penjara satu, akhirat lgi merana. Kebodohan sendiri akibatkan orang lain hilang nyawa.”
Berdasarkan dari komen netizen dikhabarkan bahawa penunggang motosikal terbabit telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ada video orang record arwah rider Ducati tu kat bawah jambatan gak. Kaki putus dah meninggal.”
Baca juga : Tukar Laluan Tanpa Beri Isyarat, Hampir Meragut Nyawa Penunggang Motosikal
Lihat klip rakaman di instagram :
https://www.instagram.com/reel/Cteh1mYN6oK/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Lihat juga komen netizen :
@mzulfiqor : Dekat DUKE simpang masuk ke jalan semarak pun ramai rider suka macam ni masuk lawan arah. Sampai nak makan jalan org pun ada, kita pulak kena elak dia
@emilylims : Kenapa lawan arus eh? Tak faham lah, tak pasal2 orang tak berdosa hilang nyawa
@kecaman : tolong lah sapa2 yg ada kuasa tu pi gibal akta jalanraya kalu kes2 mcm ni dakwa pelaku bawah akta cubaan membunuh ke apa, biar meringkuk puluh tahun siap sebat sekali.. kat duke ni mmg ramai spesis mangkak mcm ni, lagi2 kat simpang masok dari bulatan pahang tu
@THCannaz : Nanti ada la tu orang backup salahkan pihak tertentu sebab buat jalan susah orang nak pusing. Yang lawan arus yang backup dua dua baghal. Keluar rumah jangan tinggal otak tu.
@nursm_ : kalau kau x pkir nyawa kau.. kau pkir nyawa org lain.. nk mudahkan urusan kau, tp kau dah buat org lain hilang org yg dorang sayang.. aku doa stiap malam kau tak boleh tido dan selubung perasaan serba salah sepanjang hidup kau..
@ahirulahirudin : Allahu, kesian orang tak bersalah yang tanggung. Siapa² kaki lawan arus walaupun dekat tolonglah ambil iktibar dari video ni. Susah sikit jauh sikit takpe, jangan sampai nyawa diri atau orang tergadai.
@amir_sobri : Dekat highway sebelum tol sg besi selalu aku tengok orang bawak motor gini, lagi 1 dekat flyover dekat opis aku area kajang pun sama gak orang bawak gini & baru 2 hari lepas hampir2 nak langgar natang yang bawak motor cara bodoh gini
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram