Kita digalakkan untuk berhati-hati ketika berada di mana-mana kerana kecurian boleh berlaku di mana sahaja seperti di pam stesyen minyak.
Tular baru-baru ini sebuah rakaman cctv di mana memperlihatkan seorang wanita yang sedang mengisi minyak dan beberapa detik kemudian kereta yang sedang diisi minyak tersebut dibawa lari oleh seorang lelaki. Kelihatannya perempuan itu sedang leka mengisi minyak sehingga tidak menyedari kehadiran lelaki yang masuk ke dalam kereta dia namun dia sempat memegang pintu kereta sehingga menyebabkan dirinya terseret sejauh beberapa meter.
Bagaimanapun, hasil tinjauan terhadap rakaman berdurasi 36 saat itu mendapati, video itu adalah kejadian lama, iaitu pada tahun 2020 yang ditularkan semula di laman Twitter.
Namun, memetik laporan media, tidak sampai 12 jam kes itu berlaku, pihak polis berjaya menahan suspek di Subang Jaya, Selangor berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah lampau telah dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, suspek memasuki kereta mangsa yang tidak dimatikan enjin ketika pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu mengisi minyak di Stesen Minyak Petron Semantan,” katanya
Baca juga : “Lain Kali Byr Dulu Baru Isi Minyak”-Customer Tengking Managar Pam Minyak
Baca juga : American Murder: Isteri Dicekik Anak-anak Disumbat Ke Dalam Tangki Minyak
Lihat rakaman cctv di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@syamm54 : Gila bahaya.. sbb tu kene selalu aware dengan surrounding kita
@nillieilish : Kalau isi minyak sorang, keluar kereta kena terus kunci pintu, purse siap siap letak tempat tersorok and always kena alert surrounding. Tak kisah lah orang cakap dekat ke sekejap ke tapi benda kalau nak jadi, kita tak boleh nak expect.
@Viviveyonce1 :Isi minyak.. Engine off.. Kunci pegang kat tgn.. Dan lock kereta.. Penyamun Ada di mana mana..kena alert sentiasa especially bawa ank kecil
@fzhuzaifi : Aku kalau dalam kereta ada member berlima sekalipun aku off enjin kenderaan suruh member pegang kunci. Apatah lagi sorang mmg aku lock terus kete masa isi minyak. Bnyk dh bnde ni jadi, nak taknak je amek pengajaran
@azrahamizasha : Tangki minyak belah driver pun i punya overthinking mesti kunci pintu, handbag letak kat seat driver or bwh seat, telefon bwk keluar and ofc kalau sorang mmg tidak la aku biar kunci kat dalam kete ..dah jadi habit even nk cpt cemana skalipun
@frhnisyraf_ : Kecuaian sndiri, isi minyak tu kena off engine, lock pintu, klu bwak kete sorang, benda dh trjadi.
@zamwmanes : Sebab tu kalau laki aku pergi bayar kat kaunter, aku kunci pintu terus. Settle je dia isi minyak, nak masuk baru aku bukak.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram