Home Dari Kisah Benar Kesiankan Janda, Isteri Lamar Madu Untuk Suami

Kesiankan Janda, Isteri Lamar Madu Untuk Suami

0

Jarang berlaku, seorang wanita bertindak melamar janda iaitu jirannya untuk bernikah dengan suaminya sendiri setelah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Sanggup berkongsi kasih

Screenshot 2023 08 23 at 11

Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang dikenali sebagai Chinta Arjuna itu menegaskan bahawa dia memberi keizinan untuk suaminya berkahwin kali kedua bukanlah semata-mata kerana cahaya mata walaupun sudah sedekad mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, dia ikhlas menerima madunya itu kerana mahu memuliakan dan menjaga maruah wanita tersebut.

Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

Baca juga: Harta Pusaka Bernilai RM70 Billion Dibekukan

Baca juga: Penyokong Pasukan Penang FC dan Kedah FC Bergaduh Di Luar Stadium

Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya.

Dalam pada itu, wanita berusia 37 tahun ini juga menyatakan bahawa perkahwinan tersebut sama sekali bukan kehendak suaminya malah dia yang bertindak melamar madunya sendiri.

Alhamdulillah, Allah permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.

Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu.

Difahamkan pernikahan kedua suaminya itu berlangsung pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka dan juga ulang tahun kelahiran suami.

Kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami.

Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana Allah yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat.

Lihat klip video di bawah:

@hanyafansthinker Memandangkan sekarang ini isu ni tengah hangat! Kita throwback balik motif viral dulu.. #motifviral #fyp #kahwin2 ♬ original sound – fansthinker

Lihat apa kata orang ramai:

@MohamadHafiz: aku tengah berusaha menjadi suami terbaik sampai jdi cm ni…in sha Allah…amin biar wife aku yg carikan…sttlekan semua…

@BIBIK OCEAN: second wife dia single mom ya ! bukan anak dara

@Dhani Ahmad: Menang besar laki ni..dah la dua2 cantik..

@Hafiz Rahman: Aku ni punya baik lh nk kata kt umh aku basuh baju, keringkan baju, masak eh bnyk lg lh. Tp knp wife aku tk bg hadiah mcm ni

@Appy Suit: tak tahu nak komen apa..tp mngkin depa terpilih dan Allah tulis dah untuk depa..

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.