Sejak mula berkhidmat dalam unit band tentera pada 31 Mei tahun lalu, keadaan kesihatan mental anggota kumpulan SHINee, Taemin semakin merosot.
Ekoran itu, penyanyi popular tersebut akan menyelesaikan perkhidmatan latihan ketenteraan sebagai pekerja awam.
Terbaharu, agensinya, SM Entertainment mengumumkan, Taemin akan dipindahkan daripada unit band tentera kepada pekerja awam disebabkan keadaannya bertambah teruk.
“Disebabkan simptom kemurungan dan kebimbangan dialaminya, Taemin perlu mendapatkan terapi semasa menjalani latihan tentera.
“Namun, tahap kesihatan Taemin membimbangkan, jadi mustahil baginya menjalani terapi dan latihan ketenteraan pada waktu yang sama,” tulisnya.
Justeru, pelantun lagu Advice itu akan ditukar perkhidmatan sebelum menghabiskan latihannya pada November depan.
Sumber: Kosmo