Adakah BLACKPINK akan memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment? Pada bulan Ogos tahun ini, kontrak eksklusif BLACKPINK dengan YG Entertainment akan berakhir.
Pada 19 Januari, NH Investment & Securities meramalkan BLACKPINK akan memperbaharui kontraknya dengan label dalam laporan penganalisisnya.
Tetapi menurut laporan media baharu oleh Munhwa Ilbo pada 23 Januari, ia tidak akan begitu mudah untuk YG Entertainment kerana ahli ditawarkan jaminan yang lebih tinggi di agensi lain.
Menurut seorang orang dalam, Lisa ditawarkan 100 bilion KRW (~RM346 juta) untuk menukar label, yang boleh dikatakan mustahil untuk dipadankan dengan harga yang ditawarkan oleh YG Entertainment.
Artikel Berkaitan: “BLACKPINK Pula Tukar Agensi”- Ada Udang Di Sebalik Batu YG Buat Sedemikian
Artikel Berkaitan: “2022 Entertainer of the Year”- BLACKPINK Buat Pertama Kali Terpilih Oleh TIME
Walaubagaimanapun, ahli BLACKPINK tidak akan tergoda dengan wang jika mereka mahu terus menggunakan nama kumpulan ‘BLACKPINK.’
Tetapi orang dalam masih percaya YG Entertainment perlu menawarkan sekurang-kurangnya 20 bilion KRW (~RM69 juta) untuk setiap ahli.
Ada yang percaya tujuan YG Entertainment melancarkan Baby Monster adalah sebagai ‘back-up plan,’ seandainya BLACKPINK tidak mahu mempebaharui kontrak bersama dengan mereka.
Sementara itu, BLACKPINK akan menamatkan jelajah dunia mereka bulan Jun ini. YG Entertainment kini mungkin sedang berada dalam keadaan cemas.
Sumber: [1]