Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kiedacrepe, dan telah ditular baru-baru ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Kieda Crepe baru sahaja mendapat khabar berita bahawa bapanya telah meninggal dunia pada 26 Julai baru-baru ini. Serta beliau juga berasa terkesan dan hiba apabila namanya baru sahaja melonjak naik dan kedainya turut mendapat sambutan daripada orang ramai.
Dalam video klip ini Kieda berkongsi cerita detik terakhir bersama bapanya, beliau menyatakan bapanya ditidurkan pada jam 3.40 petang dan meninggal dunia pada jam 8.30 malam hari yang sama selepas lima kali mesin jantungnya turun dan naik.
Netizen turut memberi komen mengenai perkongsian kisah Kieda Crepe bersama bapanya buat kali terakhir, mengatakan detik itu hampir kesemua orang yang bergelar sebagai anak pernah mengalami pengalaman sebegitu.
Selain itu, perkongsian beliau juga membuatkan orang ramai sebak apabila mendengarnya. Netizen juga mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta menyedekahkan Al-Fatihah pada orang yang telah pergi meninggalkan kita semua.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 929.9K penonton, 87.9K sukaan dan 1796 komen.
Baca lagi: Netizen Puji Reaksi Bapa Mertua Layan Menantu Seperti Anak Sendiri, Raih Perhatian Ramai
Lihat klip durasi pendek Kieda Crepe kongsi cerita detik terakhir bersama arwah bapa:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Minggg’s: Sakitnya hilang seorang ayah , tiada ganti Al-fatihah kak kieda
@Fadzurahadi: Tktahu nk cakap apa , Allah panjangkanlah usia ibubapa ku , sbb aku tktahu nk redha mcm mana kalau dia org tkde
@puterihanim180: Sye dgr cerita akak sambil nngis ..al-fatihah untuk ayh akak kieda..
@AshZ: allahurobbiii.. teringat masa saat akhir jumpa ayah dkt hospital..
@lost: mak aku dah takdak macam mana kalau ayah aku yang pi dulu
@Dear Yana | Mom Lifestyle: Rindu paling menyakitkan, rindu pada yg tiada. Hanya doa yg mampu kirim, semoga arwah di tempatkan di kalangan beriman. Aamiin
@Lollipop: I feel u sis..arwah abah sy pun ditido kan.saat² terakhir dia nk pergi tu kitaorg adik beradik sapukan air yassin & air zam² kat muka dia,dia menangis
@Nor Aisyah Rozali: sy dah rasa 3x kehilangan dlm hidup.. arwah abah kieda sma mcm arwah mak.. sb jantung..di tidurkan.. tp kieda beruntung dpt jumpa kli terakhir..
@YussMohdYusar: Allahu..tak kuat nak dgr kieda becerita…..al Fatihah buat arwah ayah Kieda …semoga sekeluarga tabah
@Me11: yaallah sedihnya kieda kami dengaq pon ikut ngis semoga kieda kuat Alfatihah
@Our taste Lah: aku sekali ternangis. rindu arwah kakakku.. pregnant covid. hilang org yg menceriakan kami selaku, mastermind family.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram