Oh Wan Soo (Kim Ha Neul) adalah salah satu watak utama dalam drama Korea baru Red Swan, drama Korea original Disney+ Hotstar.
Kemunculan Kim Ha Neul dalam episod pertama sebagai Oh Wan Soo, digambarkan sebagai wanita yang tidak bahagia sedangkan dari segi ekonomi, dia boleh dikatakan lebih dari mampu dan hidup dalam kemewahan. Dia berkahwin dengan anak lelaki pemilik Hwain Group.
Ternyata, rasa tidak bahagia yang dialami oleh Oh Wan Soo sudah wujud sejak kecil lagi. Nasibnya baik, sebelum berkahwin, dia berjaya meraih impiannya untuk menjadi seorang pemain golf profesional.
Baru ditayangkan sebanyak dua episod, berikut dibawah ini adalah masalah kehidupan yang dihadapi wanita tersebut.
1. Kehidupannya yang miskin, membuatkan Oh Wan Soo terpaksa berhenti sekolah
Oh Wan Soo (Kim Ha Neul) tinggal bersama ibu dan abangnya. Sejak kecil, kehidupan Oh Wan Soo serba kekurangan. Ibunya bekerja sebagai kedi golf. Pernah suatu masa, ibunya dimarah oleh anak tunggal pemilik Hwain Group, Park Mi Ran (Seo Yi Sook). Tentu sahaja kejadian tersebut membuatkan Oh Wan Soo sedih.
Disebabkan oleh penghinaan dari Park Mi Ran, ibunya lalu mengajak Oh Wan Soo untuk bermain golf supaya boleh menjadi pemain golf profesional. Dengan bermodalkan dua kayu golf yang dicuri, Oh Wan Soo tidak pernah mengenal erti penat dalam latihan golf.
Semasa zaman sekolah, Oh Wan Soo terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Dia memutuskan untuk bekerja sebagai kedi golf bagi membantu keluarga. Dia berlatih bermain golf pada malam hari.
2. Semasa menjadi pemain golf berjaya, ibunya pula dikelilingi hutang akibat judi
Usaha tekun yang dilakukan oleh Oh Wan Soo untuk menjadi pemain golf bertaraf antarabangsa akhirnya membuahkan hasil. Selama 12 tahun, dia pergi meninggalkan Korea untuk pergi ke Amerika. Dia kerap memenangi pertandingan. Dia juga meraih Hall of Fame.
Pendapatannya semakin bertambah. Dia juga sering menjadi model dalam iklan sukan. Sayangnya, kejayaan ini tidak membuatkan Oh Wan Soo mengecapi kebahagiaan. Dia perlu melunaskan hutang ibunya yang suka berjudi. Ini yang membuatkan Oh Wan Soo tidak bahagia. Bermula dari kejadian ini, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan ibunya.
3. Menjadi isteri seorang chaebol, Oh Wan Soo menghadapi kecurangan dan mertua tidak memahami
Oh Wan Soo (Kim Ha Neul) akhirnya berkahwin dengan anak Park Mi Sook, Kim Yong Kook (Jung Gyu Won). Mereka bertemu semasa menjadi sukarelawan di Afrika. Hwain Group juga memiliki Yayasan Now yang telah memberi tajaan kepada Oh Wan Soo kerana bakatnya.
Akhirnya, Oh Wan Soo berkahwin dengan Kim Yong Kook. Seiring berjalannya waktu, suaminya curang dengan perempuan lain. Bukan hanya itu, dia harus berhadapan dengan sang mertua yang selalu mara-marah. Walau begitu, Oh Wan Soo tetap bertahan.
4. Oh Wan Soo kerap mendapat gangguan
Sejak menguruskan Yayasan Now, Oh Wan Soo semakin terkenal kerana kerja-kerja kemanusian. Sayangnya, dia kerap mendapat gangguan. Pertama adalah dari pihak ISIS yang tidak senang duduk dengan kegiatan Oh Wan Soo.
Kemudian, dia pernah ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Dia selamat kerana peluru tersebut mengenai pengawal dan pekerja kedai pada waktu itu. Nasib baik, Seo Do Yoon (Rain) melindunginya.
Baru ditayangkan dua episod, potret kehidupan Oh Wan Soo yang ditampilkan adalah sangat rumit. Bagaimanakah agaknya episod yang seterusnya? Konflik apakah lagi yang akan dihadapi Oh Wan Soo? Red Swan berjumlah 10 episod dan bole ditonton di Disney+ Hotstar.