Media Korea Selatan Dispatch sedang rancak mendedahkan liputan mendalam mengenai kes buli yang melibatkan Kim Hieora.
Pelakon wanita yang baru membintangi drama The Uncanny Counter 2 ini juga telah terbukti menyertai kumpulan pembuli.
Bukan hanya itu, terdapat beberapa kenyataan dari mangsa yang mengaku telah dibuli oleh Kim Hieora. Walaupun begitu, Kim Hieora membantah kenyataan mangsa tersebut.
1. Tuduhan menyuruh orang mencuri
Secara eksklusif, Dispatch menemui beberapa orang mangsa buli Kim Hieora semasa bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Gangwon. Salah seorang dari mereka adalah pelajar yang disuruh mencuri di sekolah oleh Kim Hieora.
“Saya melakukannya, kerana eonni (Kim Hieora) yang suruh. Dia ingin membayar kos hospital ibunya,” ungkap salah seorang pemberi maklumat Dispatch.
Pelajar tersebut perlu berbohong untuk masuk ke kelas yang kosong dan mencuri barangan untuk Kim Hieora. Namun, Kim Hieora tegas membantah tuduhan tersebut.
“Perkara itu langsung tidak ada kena mengena langsung dengan saya,” ungkap Kim Hieora dipetik pada Rabu, 6 September 2023.
2. Tuduhan menyertai kumpulan pembuli
Dispatch juga mendapati bahawa Kim Hieora menyertai kumpulan pembuli yang dikenali sebagai Big Sangji. Kumpulan tersebut memang terkenal suka memeras duit dan juga melakukan kekerasan secara verbal.
“Dulu ada kumpulan yang dipanggil Big Sangji di sekolah. Mereka memeras duit dari orang lain dan memberikannya kepada anggota paling tua dalam kumpulan. Jika anda tidak berduit, mereka akan mengutuk dan memukul anda. Kim Hieora juga sebahagian dari Big Sangji,” ungkap pemberi maklumat yang merupakan pelajar di sekolah Kim Hieora.
Komen Kim Hieora di laman kumpulan Big Sangji juga menjadi bukti kukuh yang akhirnya diakui oleh pelakon itu. Namun, Kim Hieora mendakwa bahawa kumpulan Big Sangji hanya sekadar sebuah komuniti atas talian.
“Ya, saya memang bukan pelajar yang baik semasa di sekolah menengah. Saya banyak melakukan kesalahan, tetapi Big Sangji bukan kumpulan pembuli. Waktu itu, kumpulan tersebut terkenal mempunyai komuniti online dengan kawan-kawan yang terlibat. Big Sangji adalah nama komuniti online. Itu bukan tempat rahsia untuk para pembuli sahaja,” jelas Kim.
3. Tuduhan membuli
Pemberi maklumat lain juga mendakwa bahawa Kim Hieora tidak mungkin boleh menyertai Big Sangjin begitu sahaja. Menurut kata-kata bekas pelajar yang dihubungi pihak Dispatch, tidak semua orang boleh menyertai kumpulan tersebut.
“Kadang-kadang mereka tiba-tiba meminta duit kami. Dengan duit tersebut, mereka akan membeli rokok, alkohol, dan pergi ke karaoke. Mereka akan membeli hadiah untuk teman lelaki mereka menggunakan duit tersebut. Jika tidak memberi duit, anda akan diganggu secara terus menerus,” ungkapnya lagi.
Kim terus membantah tuduhan tersebut. Menurutnya, dia tidak pernah membuli dan memeras duit orang lain.
“Saya juga dipukul oleh senior kelas di sekolah tanpa alasan. Namun saya tidak pernah memukul junior kelas atau kawan-kawan saya,” kata Kim.
“Saya mengaku saya hanya pemerhati setiap kejadian buli ini dan saya minta maaf. Tetapi saya tidak turut serta melakukan keganasan secara verbal atau serangan fizikal,” lanjutnya.
4. Tuduhan kes curi yang dilakukan kawannya
Kes curi lain yang melibatkan Kim juga muncul. Waktu itu, perniagaan keluarga Kim muflis dan akhirnya dia bekerja di sebuah restoran makanan segera. Kawan Kim Hieora juga turut mencuri untuk Kim.
“Saya ingin membantunya, jadi saya mencuri barang. Saya ingin selalu tampil baik di depannya,” ungkap bekas pelajar yang ditemui Dispatch.
Kim juga mengingati kejadian ini dengan jelas. Pelakon itu mengaku sudah menentang kelakuan mencuri kawannya tersebut.
“Dia adalah kawan yang selalu ada bersama saya. Saya fikir dia mendengar situasi keluarga saya waktu itu dan cuba membantu saya. Saya tidak menyuruhnya, tetapi tiada siapa yang percaya,” jelas Kim.
5. Tuduhan menyuruh orang membeli rokok
Selain itu, Kim juga dituduh menyuruh pelajar lain untuk membeli rokok. Bahkan, ada juga tuduhan bahawa Kim meminta wang orang lain untuk bersenang-senang ke karaoke.
“Saya juga tidak pernah merokok. Sebenarnya, saya pernah cuba merokok untuk kelihatan kuat, namun tubuh saya tidak boleh menerima rokok. Teman lelaki saya waktu itu juga membenci gadis perokok,” ungkap Kim.
“Saya memang suka pergi ke karaoke, saya selalu pergi karaoke. Ada detik di mana kawan saya membayar karaoke. Saya tidak ingat bagaimana kami boleh mendapat duit. Yang penting, saya tidak pernah mengambil duit orang lain untuk karaoke,” lanjutnya.
Nama Kim Hieora baru sahaja meledak kerana watak antagonis yang dibawanya dalam The Glory dan The Uncanny Counter 2. Belum ada pengesahan dari pihak agensi mengenai kes buli ini. Sama-sama kita nantikan maklumat seterusnya dari pihak agensi pula!