Home Lifestyle Kim Jong Kook Bedal 6 Bungkus Ramen Buat Pertama Kali Selepas 15...

Kim Jong Kook Bedal 6 Bungkus Ramen Buat Pertama Kali Selepas 15 Tahun

0

Umum mengetahui Kim Jong Kook amat menjaga pemakanan dan kesihatannya. Sekiranya kita pantang jumpa ramen lebih-lebih lagi yang ada keju, sosej dan telur mata, bintang Running Man ini pula berpantang memakan mi segera tersebut.

Bagaimana pun Jong Kook telah melanggar pantang larangnya dengan membeli semua jenama ramen di Korea bagi mencuba cuba pelbagai rasa dan perisa, buat mukbang sebagai penutup tirai 2021 menerusi video yang dimuat naik di YouTube salurannya.

awww
Kredit foto: GYM Jong Kook/YouTube

Katanya kali terakhir dia masak dan makan ramyun atau mi segera Korea itu di rumah, selain dalam TV sejak 15 tahun lepas. Videonya turut menampilkan pengurusnya, Chun Shik untuk sama-sama mencuba ramyun yang tidak pernah dimakannya sebelum ini.

“Saya nak makan ramyun sebab nak mengimbau semula memori zaman kanak-kanak.” – Jong Kook.

Sambil menghirup mi segera, Jong Kook sempat membebel yang ramen ini memang sedap tetapi kurang berkhasiat.

“Ramen ni sangat sedap, cuma untuk bagi nutrisi seimbang itu agak ke laut sikit. Walaupun letak 100g isi ayam.” – Jong Kook.

Selepas pusingan ramen ke-5, Jong Kook turut komen, “Nampaknya susah nak bedal semua 12 bungkus ni, baik cuba ramen yang saya nak tahu je.”

Sempat juga dia tanya ‘Apa-nak-buat-dengan-muka-saya-esok?’ memandangkan keesokan harinya adalah penggambaran Running Man.

Pada penghujung video, Jong Kook berpendapat, “Mukbang ni susah sangat, senaman lagi bagus. Saya akan membuatnya secara sederhana, cukuplah enam bungkus ramen ni sebagai maksimum.”

Tonton video penuh di bawah:

Sumber: Insight.kor