Tiada siapa berani usik ketulenan tubuh sasa Kim Jong Kook, ikon senaman dan kesihatan di Korea Selatan kecuali Greg Douchette.
Dalam artikel lepas, ahli bina badan dari Kanada tersebut mendakwa tubuh sasa bintang Running Man itu bukan natural dan disyaki guna steroid.
Kim Jong Kook memberi respons dengan ketawa sambil berkata ini kali pertama dia jumpa ‘isu menarik dan mengujakan’.
Beberapa hari selepas tuduhan itu dilemparkan kepadanya, Kim mengambil keputusan untuk mengambil beratus ujian doping, merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang diharamkan kepada atlet.
Menerusi perkongsian Kim Jong Kook di Youtube channel miliknya, dia akan mengambil 391 ujian doping berdasarkan WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) 2022 walaupun harus berkorban masa dan wang.
Ujarnya lagi, dia buka channel di YouTube untuk berkongsi kehidupan senamannya untuk ajak orang ramai sama-sama menjalani kehidupan yang sihat juga.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu. Saya akan mengambil peluang ini untuk menguji penggunaan ubat-ubatan termasuk hormon.
“Saya berharap melalui proses ini, mereka dapat belajar untuk jadi matang dalam menilai dan menghormati perbezaan.” kata Kim Jong Kook.
Sumber: [1]