Home Artis Korea Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang dalam Siri Thriller ‘Trigger’

Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang dalam Siri Thriller ‘Trigger’

0

Menuju penghujung tahun 2023, industri hiburan Korea Selatan telah mengeluarkan deretan senarai drama Korea yang bakal ditayangkan dalam dua tahun mendatang.

Dari sumber Netflix, disahkan bahawa Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang akan membintangi drama siri aksi thriller terbaru bertajuk ‘Trigger’.

Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang diberi kepercayaan untuk membawakan karakter utama. Berkat penampilan lakonan yang luar biasa, gabungan mereka disambut dengan penuh semangat dan menjadi jangkaam besar bagi banyak penggemar mereka.

Sinopsis “Trigger”

Trigger

Mengusung genre aksi thriller, ‘Trigger’ mengikuti kisah dua lelaki yang berusaha menyelesaikan kekacauan setelah Korea Selatan menjadi negara bebas senjata. Lelaki pertama yakin jika senjata dapat digunakan untuk membela kumpulan yang lemah, sedangkan yang seorang lagi menentang keras adanya penggunaan senjata.

Namun, insiden ini semakin menegang ketika muncul pelbagai kejadian jenayah yang berkait rapat dengan senjata api haram. Melalui drama siri ini, penonton akan ditunjukkan banyak adegan aksi tembak-menembak yang meningkatkan adrenalin.

 

Kim Nam Gil

IMG 2273Dipetik dari Soompi, pihak agensi Kim Nam-gil mendedahkan bahawa Kim Nam-gil telah menerima positif tawaran untuk Trigger. Khabar ini pun langsung disambut hangat sekaligus menjadi bahan godaan penggemar, memandangkan Kim Nam-gil ‘gagal’ mendapatkan genre rom-com.

Dapat diketahui beberapa tahun kebelakangan ini, Kim Nam-gil banyak membintangi drama penuh aksi, misteri hingga thriller. Sebut sahaja seperti, Song of the Bandits (2023), Island (2023), dan Through the Darkness (2022).

Dalam drama Netflix terbarunya, Kim Nam Gil akan bawa watak sebagai Lee Do, bekas tentera penembak jarak jauh yang kini menjadi pegawai polis. Dia berusaha mengejar sumber penyeludupan senjata haram sambil mencegah insiden penembakan berantai.

Kim Young Kwang

Kim nam gil

Manakala Kim Young Kwang sendiri telah menunjukkan kebolehannya dalam membawa pelbagai karakter dalam drama populat yang sukses dibintanginya seperti, Call it Love (2023), Somebody (2022), Room No.9 (2018), sehingga Pinocchio (2014).

Dia juga baru sahaja tampil sebagai villain dalam drama terbarunya, Evilive yang tayang pada 14 Oktober 2023, bersama Shin Ha Kyun. Dalam Trigger, Kim Young Kwang akan bawa watak sebagai Moon Baek, karakter penting di dalam perdagangan senjata api.

Itu sahaja ringkasan maklumat mengenai gandingan Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang dalam drama siri Netflix thriller terbaru. Kedengaran sangat menarik kan? Nantikan kemaskini kami lagi bersama drama siri ‘Trigger’ yang akan tayang pada tahun 2025 mendatang!

Baca lagi: Kim Nam Gil Dilantik sebagai Pegawai Polis Kehormat, Berkat Watak Profiler dalam Kdrama “Through The Darkness”
Baca juga: 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023