Home News Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk

Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk

0

Kim Sae Ron memohon hukuman dan denda diringankan selepas dia diperintahkan untuk membayar denda dengan jumlah yang banyak. Keadaan kewangan Kim Sae Ron juga semakin merosot dan tidak baik.

Nama Kim Sae Ron dalam dunia hiburan Korea Selatan sudah tidak asing lagi. Dia merupakan salah seorang pelakon muda yang masih didambakan setiap produser sehingga kes memandu dibawah pengaruh alkohol pada 18 Mei 2022 yang melibatkan dirinya.

Kim Sae Ron disahkan memandu sambil mabuk dan menyebabkan kerugian kepada pemilik perniagaan di sekitar kawasan Gangnam. Kim Sae Ron perlu menerima akibat dan bertanggungjawab atas tindakan bodohnya itu.

83325968 ED3A 4293 A282 A7DC58E7489E

Kini dia terpaksa menanggung kerugian seperti hilang projek lakonan, lesen memandu ditarik, dan perlu membayar ganti rugi setiap tiang elektrik yang dilanggar olehnya.

Lebih kurang 10 bulan selepas kejadian, Kim Sae Ron secara rasmi menghadiri perbicaraan pertama kes memandu secara mabuk di Mahkamah Seoul dan dikehendaki membayar denda ratusan juta. Perkara yang paling mengejutkan adalah apabila Kim Sae Ron
meminta dan merayu pihak mahkamah untuk meringankan hukuman.

678C040F E3A3 47AB BF63 E914E4939FFCBenarkah keadaan kewangan Kim Sae Ron merosot dengan teruk? Berapakah denda yang dituntut oleh pihak kehakiman? Ikuti perkembangan terbarunya di bawah ini:

Kim Sae Ron menghadiri perbicaraan pertama
Pada 8 Mac 2023, Kim Sae Ron tiba di Mahkamah Daerah untuk menghadiri persidangan pertama atas tuduhan melanggar Undang-Undang Lalu Lintas (memandu dalam keadaan mabuk).

Semasa perbicaraan, Kim Sae Ron mengimbas kemalangan tersebut dengan mengatakan, “Saya telah memanggil (panggilan telefon) seorang pemandu untuk membawa saya ke sebuah lokasi tetapi saya membuat keputusan untuk pergi sediri ke lokasi tersebut kerana merasakan jaraknya dekat sahaja,”

Sejak kejadian itu, Kim Sae Ron mengakui bahawa dirinya sudah berhenti mengambil minuman alkohol dan memohon belas kasihan dari pihak mahkamah kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencari nafkah keluarga, dia kini mula merasa sukar untuk memenuhi keperluan hidup.

60D97516 8364 4CAF 94EB 9A94878A322B

Kim Sae Ron dituntut untuk membayar denda jutaan won

Pihak mahkamah tidak mempedulikan rayuan dan permohonan Kim Sae Ron. Mereka menyatakan: “Paras alkohol dalam darah Kim Sae Ron melebihi dari 0.2% dan dia telah mencuba untuk lari tanpa mengambil tindakan apa pun setelah memandu di bawah pengaruh alkohol. Perkara itu tak boleh dikatakan dianggap sangat mudah buatnya kerana penumpang A masih membantu Kim Sae Ron,” kata hakim mahkamah.

Hakim juga turut mengatakan bahawa Kim Sae Ron perlu dijatuhi hukuman denda sebanyak ₩20 juta atau sekitar dan penumpang A sebanyak ₩ 5 juta.

214E8FFE 30CC 4BF6 BA19 906A54FA8512Kim Sae Ron perlu bekerja lebih waktu

Keadaannya yang memaksa dia membayar pampasan yang cukup besar telah membuatkan Kim Sae Ron bekerja lebih waktu untuk membantu keluarganya. Keadaan kewangan pelakon cantik dan muda tersebut merosot dengan mendadak setelah kes pemanduan dibawah pengaruh alkohol melibatkan dirinya meletup di Korea Selatan.

Sebagai anak perempuan pertama, dia berjuang untuk memenuhi keperluan keluarganya dan masalah kewangan kini menjadi masalah baru bagi Kim Sae Ron sewaktu Jaksa pihak hakim menjatuhkan hukuman denda dengan nilai sangat besar.

Selepas kes memandu dibawah pengaruh alkohol ini yang berlaku pada pertengahan Mei tahun lalu, Kim Sae Ron telah berjumpa dengan pemilik perniagaan yang terkesan akibat kemalangan tersebut dan memberikan bayaran pampasan. Dia juga telah membuat permohonan maaf secara bertulis menggunakan tulisan tangannya.

Kim Sae Ron meminta untuk diringankan hukuman

Sejak tragedi tersebut berlaku, Kim Sae Ron berhenti daripada sebarang aktiviti lakonan dan malangnya kontraknya dengan agensi telah ditamatkan. Nampaknya Kim Sae Ron sedang berdepan dengan krisis kewangan kerana sudah hilang banyak punca pendapatan dan membuatkan dirinya memohon dan merayu supaya hakim boleh meringankan hukuman yang diterima.

Kami berharap agar pihak yang dituduh (Kim Sae Ron) dapat diberikan kelonggaran untuk meringankan hukuman kerana keadaan kewangannya yang kini meruncing,” kata pihak Kim Sae Ron.

Hukuman terakhir kes memandu dibawah pengaruh alkohol Kim Sae Ron bakal diumumkan pada 5 April yang akan datang.

Jadikan sebagai pengajaran buat semua, tanggung jawab kita untuk memastikan keselamatan diri kita terjaga dan kita tidak boleh membahayakan orang lain dengan tindakan tidak wajar.

Baca Juga: Yoo Ah In Positif Kokain dan Ketamin

Baca Lagi: Kim Sung Chul Menggantikan Yoo Ah In Dalam Hellbound 2