Home Reality Show Kim Sejeong Cerita Dulu Hidupnya Susah, Pernah Dapat Bantuan Kebajikan

Kim Sejeong Cerita Dulu Hidupnya Susah, Pernah Dapat Bantuan Kebajikan

0

Dalam rancangan TV JTBC, Life Menu, Kim Sejeong membuka cerita tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar dan membesar dengan bantuan kebajikan.

4 4

 

 

Katanya, antara hidangan yang tidak pernah luput dalam memori zaman kanak-kanak adalah
semangkuk jjajangmyeon (mi sos kacang hitam) dan tangsuyuk (daging rangup masak sweet sour).

2 5

Sambil menikmati dua hidangan, Kim mengimbas lagi kenangan masa lalunya:

“Oleh kerana keadaan keluarga saya yang susah, kami dapat bantuan daripada kerajaan, dan saya boleh makan menerusi Kad Makanan Untuk Kanak-Kanak Lapar yang saya terima.

Apabila cuti sekolah, kantin tak sediakan makanan jadi saya guna kad tu. Saya boleh guna sehingga 3,500 won setiap hari. Jadi saya boleh buat beli jjajangmyeon dan kalau kumpul cukup kupon, boleh order tangsuyuk juga.”

Sepanjang bercerita itu, senyuman tidak lekang di bibir Kim Se Jeong.

3 5

 

Para pengacara dan tetamu memberikannya tepukan atas keberanian dan kerendahan hatinya ketika membuka kisah silamnya.

Baca lagi: Peminat Mengakui Akan Kecantikan Dan Fesyen Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Yang Memukau

Sumber: [1]