Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kim So Yeon Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru “Virtuous Sales”, Bergandingan dengan...

Kim So Yeon Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru “Virtuous Sales”, Bergandingan dengan Yeon Woo Jin

0

JTBC telah mengumumkan tentang drama Korea baru mereka yang bertajuk Virtuous Sales. Barisan pelakon drama ini telah diumumkan menerusi laman Instagram rasmi mereka, para pelakon yang terlibat adalah seperti Kim So Yeon dan Yeon Woo Jin.

Cerita drama Korea ini adalah mengenai wanita yang terlibat dalam penjualan produk dewasa dengan matlamat dan objektif masing-masing. Drama Korea ini menandakan kemunculan semula Kim So Yeon selepas projek lakonannya yang terakhir pada tahun 2023, iaitu Tale of the Nine Tailed 1938. Dia juga pernah menjadi cameo dalam The Escape of the Seven.

Sementara itu, drama Korea ini merupakan drama kedua Yeon Woo Jin pada tahun ini selepas Nothing Uncovered. Supaya anda tidak tertanya-tanya, mari sama-sana kita lihat sinopsis dan senarai pelakon drama Korea Virtuous Sales di bawah ini.

 

1. Sinopsis drama Virtuous Sales

Kim so yeonKisahnya bermula di sebuah kampung yang dikenali sebagai Geumje pada tahun 1992, tinggal tiga orang wanita di sana. Mereka menjual pelbagai produk untuk orang dewasa dengan pelbagai tujuan. Ada yang cuba mendapatkan kebebasan kewangan hingga mereka mengembangkan persahabatan mereka kepada sebuah perniagaan.

Han Jung Sook (Kim So Yeon) ialah seorang suri rumah yang pernah menjadi naib juara pertandingan ratu cantik tempatan. Dia cukup bertuah kerana akhirnya berkahwin dengan cinta pertamanya. Pada masa ini dia menjalani kehidupan yang sederhana tetapi menghadapi masalah kewangan malah Jung Sook berada pada tahap di mana dia tidak mampu lagi untuk membeli beg untuk anak pertamanya atau membayar sewa bulanan. Inilah yang membuatkan dia terjun ke dalam dunia perniagaan produk dewasa dengan menawarkannya secara langsung dan berdepan.

Jung Sook sendiri adalah seorang yang berbakat dalam bidang jualan. Terdapat juga watak Oh Geum Hee (Kim Sung Ryoung) yang dibesarkan daripada keluarga kaya dan dia lulus dari universiti yang berprestij. Dia berkahwin kerana aturan keluarga dan berpindah ke Geumje, iaitu kampung halaman suaminya. Dia berasa bosan dan mula menyertai Jung Sook dalam menjual produk import bersama-sama.

Seo Young Bok (Kim Sun Young) adalah ibu kepada 4 orang anak, dia mempunyai rumah tangga yang bahagia kerana suaminya sangat baik hati. Sama seperti Jung Sook, Young Bok mengalami masalah kewangan dan mula menjalankan perniagaan dengannya.

Terdapat juga watak Lee Joo Ri (Lee Se Hee) yang merupakan ibu tunggal. Sama seperti tiga watak wanita sebelum ini, dia juga terlibat dalam penjualan produk dewasa. Dia adalah pemberi semangat utama untuk tiga sahabatnya yang kadangkala mengalami kekecewaan dan putus asa.

Sementara itu, Kim Do Hyun (Yeon Woo Jin) ialah seorang pegawai polis yang dilahirkan dalam keluarga yang berprestij. Dia lulus dari Ivy League di Amerika Syarikat dan kembali ke Korea untuk memulakan kerjaya polisnya. Nasibnya baik kerana dia mula naik pangkat dan berpindah ke Balai Polis Gangnam di Seoul.

 

2. Senarai pelakon drama Virtuous Sales

Drama koreaDrama Korea Virtuous Sales dibintangi oleh para pelakon Korea Selatan yang berbakat, lihat senarai lengkapnya di sini.

● Kim So Yeon sebagai Han Jung Sook
● Yeon Woo Jin sebagai Kim Do Hyun
● Kim Sung Ryoung sebagai Oh Geum Hee
● Kim Sun Young sebagai Seo Young Bok
● Lee Se Hee sebagai Lee Joo Ri

 

3. Tarikh tayangan Virtuous Sales

Virtuous SalesDrama Virtuous Sales dijadualkan bakal ditayangkan pada tahun 2024. Walaupun tarikh siaran rasmi belum dikeluarkan, ramai yang sudah menantikan drama baru Kim So Yeon dan Yeon Woo Jin ini. Sementara itu, drama Virtuous Sales akan disiarkan di stesen TV JTBC. Bagi anda para penonton seluruh dunia, pastikan anda menonton drama ini melalui platform penstriman yang akan diumumkan.

Baca lagi: 7 Bintang KPop Ini Membuat Kemunculan dalam Drama Korea pada Bulan Ogos
Baca juga: 9 Watak Penting dalam Drama Terbaru “Black Out”, Tayang 16 Ogos