Home Artis Korea Kim Soo Hyun Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru “Knock Off’

Kim Soo Hyun Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru “Knock Off’

0

Kim Soo Hyun, yang baru-baru ini mencipta nama dan meledak melalui drama Korea ‘Queen of Tears’ telah berjaya meraih perhatian dan menjadi perhatian sebagai salah seorang pelakon paling hangat dalam industri hiburan di Korea Selatan, telah mendapat peluang untuk membawa watak utama dalam drama Korea terbaru iaitu ‘Knock Off’ dan bakal berlakon bersama samping para bintang terkenal Korea Selatan yang lain.

Kim Soo-hyun yang dilahirkan pada 16 Februari 1988 merupakan seorang pelakon terkenal yang memang sangat diminati ramai dari negara Korea Selatan. Selain Queen of Tears. Pelakon ini juga dikenali melalui watak Song Sam-dong dalam drama bersiri popular Dream High serta wataknya sebagai raja Joseon, Lee Hwan dalam drama The Moon That Embraces the Sun.

Baca juga: 9 Pelakon Jelita ini Pernah Bergandingan dengan Kim Soo Hyun, Popular dan Sangat Serasi

d7a891f1 4e33 47ea a450 859bba0b85b7Nampaknya pihak produksi drama siri yang akan datang yang bertajuk ‘Knock Off’ telah membuat kejutan pada 13 Julai lalu dengan pengumuman bahawa pelakon Kim Mu Yeol menyertai barisan pelakonnya yang dipenuhi bintang-bintang lain.

Penambahan Kim Mu Yeol ini menyaksikan bahawa jumlah pelakon yang sudah disahkan akan terlibat dalam drama Korea ini adalah seramai 12 orang. Menampilkan para pelakon yang hangat dan terkenal seperti Kwon Na Ra, Jo Bo Ah, Lee Jung Eun, Jo Woo Jin, Kim Eui Sung, Kim Hye Eun, Kang Mal Geum, Go Gyu Pil, Yoo Jae Myung , dan Choi Gyu Ri, bersama Kim Soo Hyun.

Baca lagi: Kim Soo Hyun Menang Anugerah Seni Baeksang Ke-60 dengan 5.6 Juta Undian


Sinopsis Knock Off

Kim soo hyunJalan cerita drama Korea terbaru ‘Knock Off’ ini berkisar tentang Kim Sung Joon, seorang lelaki biasa yang terjebak ke dalam pergolakan krisis kewangan Asia, yang terkenal dirujuk sebagai ‘era IMF’ di Korea Selatan.

Bergelut selepas kehilangan pekerjaannya, Sung Joon memutuskan untuk menceburi industri tiruan, akhirnya dia menjadi terkenal sebagai ‘Raja Tiruan’ global.

Kim soo hyunDengan penggambaran yang dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024 ini, drama Korea ini telah mendapat perhatian dan juga ramai peminat setia yang menunggu dengan harapan dan jangkaan yang besar, terutamanya dengan pendedahan bahawa siri drama ini akan ditayangkan di Disney+ untuk para penonton peringkat global.

Pendedahan para pelakon yang berstatus bintang dan plot era IMF telah berjaya mencetuskan keterujaan yang mendalam dalam kalangan peminat drama Korea di seluruh dunia. Kita sama-sama nantikan ya!

Baca lagi: Melangkaui sempadan, 10 Drama Korea Ini Memukau penonton dengan Pemandangan Indah dari seluruh dunia
Baca juga: Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea