Home Artis Korea Kim Soo Hyun Hilang Gelaran Pelakon Termahal Korea kepada Park Hyung Sik...

Kim Soo Hyun Hilang Gelaran Pelakon Termahal Korea kepada Park Hyung Sik Gara-Gara Kontroversi Cinta Lama

0

Kim Soo Hyun dilaporkan kehilangan gelaran sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan kepada Park Hyung Sik berikutan dakwaan hubungan silamnya dengan mendiang Kim Sae Ron.

Menurut The Korea Times, Kim menerima bayaran sebanyak 5 bilion won (RM13 juta) untuk drama Queen of Tears yang mempunyai 16 episod, menjadikan pendapatannya kira-kira 312.5 juta won (RM842,000) setiap episod. Jumlah ini merangkumi sebahagian besar daripada kos penerbitan drama yang dianggarkan sebanyak 40 bilion won (RM108 juta).

IMG 7951 scaled

Sebagai perbandingan, pelakon veteran Korea lain memperoleh bayaran yang jauh lebih rendah. Menurut South China Morning Post, Hyun Bin menerima RM340,000 setiap episod, diikuti oleh So Ji Sub dan Jo In Sung (RM271,000), Lee Min Ho (RM251,000), serta Lee Seung Gi (RM238,000).

Bagaimanapun, India Times melaporkan bahawa Park Hyung Sik telah merampas gelaran pelakon termahal daripada Kim Soo Hyun. Untuk drama Doctor Slump (2024), Park Hyung Sik dilaporkan menerima 500 juta won (RM1.35 juta) setiap episod, menjadikan jumlah keseluruhan untuk 16 episod mencecah 8 bilion won (RM21.5 juta).

IMG 7950

Lebih mengejutkan, Park Hyung Sik dikatakan berjaya merundingkan bayaran yang lebih tinggi untuk projek terbarunya, Buried Hearts, walaupun jumlah sebenar masih dirahsiakan.

Dari Idola K-Pop ke Pelakon Termahal Korea

Park hyung sik

Pada usia 34 tahun, Park Hyung Sik memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan K-pop ZE:A pada tahun 2010 sebelum beralih ke bidang lakonan. Namanya mula dikenali selepas membintangi drama The Heirs (2013) dan terus mencipta fenomena menerusi drama seperti Strong Girl Bong Soon, Suits, serta Our Blooming Youth.

Manakala Kim Soo Hyun, 37 tahun, pula memulakan debut televisyen pada 2007 dan melonjak ke peringkat antarabangsa menerusi drama seperti Dream High, The Moon Embracing the Sun, My Love from the Star, It’s Okay to Not Be Okay, dan yang terbaru, Queen of Tears.

Namun, popularitinya merosot selepas timbulnya dakwaan mengenai hubungan silamnya dengan Kim Sae Ron, yang meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Pada 10 Mac 2025, saluran YouTube Hoverlab (Garo Sero Institute) menyiarkan satu temu bual eksklusif dengan seorang wanita yang mengaku sebagai ibu saudara Kim Sae Ron. Dalam temu bual itu, dia mendakwa bahawa Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron telah bercinta sejak pelakon itu berusia 15 tahun.

Kim soo hyun

Lebih mengejutkan, keluarga Kim Sae Ron mendakwa hubungan mereka bertahan selama enam tahun sebelum Kim Soo Hyun dikatakan menekan Kim Sae Ron untuk membayar semula 700 juta won (RM1.9 juta), yang menjadi salah satu faktor yang membebankan mendiang sebelum kematiannya.

Skandal ini memberi kesan besar kepada karier Kim Soo Hyun, menyebabkan imejnya tercalar, kehilangan tawaran jenama, dan penurunan mendadak pengikut di media sosial.

Baca lagi: Rahsia Perkahwinan Kim Sae Ron? Lee Jin Ho Dedah Kisah Mengejutkan di Tengah Kontroversi Kim Soo Hyun
Baca juga: Buried Hearts: Park Hyung Sik Berdepan Dengan Cha Woo Min dan Bersedia Untuk Balas Dendam