Pelakon Kim Tae Hee membuktikan bahawa dia seperti seorang bidadari bukan hanya dalam drama sahaja, tetapi juga dalam kehidupan sebenar dengan memberi coklat kepada kesemua ahli kakitangan dama “Hi Bye, Mama” pada Hari Valentine (kekasih)!
Pada 14 Februari, Kim Tae Hee memberi hadiah kepada setiap kakitangan di set secara peribadi, termasuklah kru penggambaran, pelakon pembantu, pemandu bas dan lain-lain (lebih daripada 200 orang) iaitu kotak coklat untuk menyebarkan kegembiraan pada hari valentine.
Selain itu, Kim Tae Hee juga dikatakan telah membungkus kotak coklat itu sendiri.
Sementara itu, drama bersiri tvN ‘Hi Bye, Mama’ akan bermula pada 22 Februari, 9 malam (waktu korea), setiap jumaat dan sabtu.
‘Hi Bye, Mama’ menceritakan tentang seorang ibu yang malangnya berpisah dengan keluarganya disebabkan maut dalam kemalangan, tetapi sebelum pergi ke dunia lain, dia memutuskan untuk kembali ke sisi keluarganya selama 49 hari sebagai hantu.
Dah baca, jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik.
Sumber: allkpop