Home K - Pop Kim Tae Hee Pernah Menolak Rain Sebanyak 5 Kali Gara- Gara Ini

Kim Tae Hee Pernah Menolak Rain Sebanyak 5 Kali Gara- Gara Ini

0

Rain dan isterinya Kim Tae Hee adalah merupakan ‘couple goal’, tetapi mereka mempunyai permulaan yang agak unik untuk hubungan mereka!

kim tae hee and bi rain releases new wedding photos

Dalam episod Netflix “The Hungry and the Hairy”, Rain memberitahu Lee Ha Nee dan Noh Hung Chul tentang kisah pertemuannya dengan Kim Tae Hee.

Dia menceritakan kisah itu sejurus selepas Lee Ha Nee memberitahu Noh Hung Chul bahawa dia pernah bertemu Kim Tae Hee di sebuah kelab ski semasa mereka di kolej.

Lee Ha Nee berkata Rain merupakan jenis lelaki yang diidamkan Kim Tae Hee kerana Rain aktif sama seperti Kim Tae Hee.

Semasa ketiga-tiga mereka menunggang skuter, Rain menceritakan kisah ketika pertama kali bertemu isterinya.

Dia berkata dia dan Kim Tae Hee telah bertemu 10 tahun lalu semasa penggambaran iklan bersama, dan Rain telah jatuh cinta padanya semasa penggambaran itu!

Semasa penggambaran, Kim Tae Hee diberitahu untuk menukar stokinnya. Kemudian, Rain menjelaskan bahawa penggaya biasanya menukar stokin seseorang selebriti, tetapi Kim Tae Hee melutut serta-merta untuk menukar stokinnya sendiri tanpa meminta bantuan penggayanya.

Perbuatan mudah ini menarik perhatiannya kerana ia menunjukkan betapa Kim Tae Hee seorang yang merendah diri.

Rain meneruskan, “Ketika itulah saya berfikir, ‘Dia orangnya.'”

Rain memberitahu Lee Ha Nee dan Noh Hung Chul bahawa isterinya pernah menolaknya sebanyak 5 kali sebelum dia bersetuju untuk keluar bersamanya!

Rain berkata disebabkan Kim Tae Hee telah menolaknya banyak kali, dia sudah tidak berasa kecewa lagi.

Dia menjelaskan bahawa Kim Tae Hee menolaknya kerana gaya budak jahatnya. Rain berkata, “Dia menganggap saya seorang yang tidak ikhlas.”

Akhirnya, Rain dapat memenangi hati Kim Tae Hee dengan membiarkan Kim Tae Hee melihat dirinya yang sebenar.

Dia juga bertanya soalan kepada Rain tentang khabar angin yang dia dengar, dan Rain memberitahu khabar angin mana yang benar dan mana yang palsu.

Rain berfikir bahawa Kim Tae Hee “terharu dengan” kejujurannya.

Sumber: Koreaboo