Kim Yoon Hye merupakan salah satu pelakon pembantu dalam drama Jeongnyeon: The Star Is Born (2024). Pelakon yang berusia 33 tahun ini membawa watak yang bernama Seo Hye Rang, seorang pelakon teater terkenal yang dijuluki sebagai “Puteri Teater Maeran.”
Kim Yoon Hye memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2007 dengan membintangi filem My Son (2007). Selain filem, namanya juga muncul dalam banyak drama Korea yang popular.
Berikut ini adalah beberapa buah Kdrama yang dibintangi dan watak-watak yang pernah dibawa oleh Kim Yoon Hye dalam drama Korea. Mari kita lihat bersama!
1. Kim Yoon-hye adalah seorang pelajar di sebuah universiti seni dalam drama Heartstrings (2011), bercita-cita untuk menjadi artis teater muzikal.
2. Berjiwa bebas, Kim Yoon-hye adalah seorang wanita yang ingin meraih impiannya menjadi ahli muzik dalam drama Flower Boys Next Door (2013).
3. Kim Yoon Hye membawa watak sebagai detektif polis lulusan akademi polis dalam drama Vampire Detective (2016).
4. Dengan sikap keras kepala dan manja, Kim Yoon-hye adalah anak dari sebuah keluarga bangsawan dalam drama My Sassy Girl (2017), pelakon ini membawa watak sebagai anak kepada menteri kerajaan.
5. Kim Yoon-hye membawa watak sebagai pegawai polis dalam drama The Third Charm (2018), menjadi kawan kepada Seo Kang Joon.
6. Dalam drama 18 Again (2020), Kim Yoon Hye bekerja sebagai pembaca berita pelatih di stesen JBC, bersaing dengan Kim Ha Neul.
7. Dalam drama Vincenzo (2021), beliau menjadi guru tusyen piano di Plaza Geumga, dan tanpa disangka, dia adalah hacker yang merancang sistem keselamatan simpanan emas.
8. Dahulu merupakan seorang atlet taekwondo, Kim Yoon Hye beralih menjadi pengurus artis di Star Force Entertainment dalam drama Shooting Stars (2024).
9. Dalam drama Jeongnyeon: The Star Is Born (2024), Kim Yoon Hye kembali sebagai pelakon teater terkenal bagi Theater Maeran.
Kim Yoon Hye telah berkecimpung selama 17 tahun dalam dunia seni lakon Korea Selatan sejak tahun 2007. Beliau telah membawa pelbagai karakter dan perananan dalam drama Korea. Kini, Kim Yoon Hye kembali sebagai artis teater terkenal yang bersikap toksik dalam drama Jeongnyeon: The Star is Born.